SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Saturday, October 30, 2010

Sistem pendidikan kita ketinggalan

AKHIRNYA persoalan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuh atau dikekalkan terjawab apabila kerajaan mengumumkan kedua-dua peperiksaan itu menggunakan format baru mulai 2016.
Ia melegakan masyarakat yang mahukan pendekatan baru serta telus dalam menilai prestasi pelajar berbanding sistem akademik dan peperiksaan yang dilihat lebih membebankan.

Bagaimanapun, ada yang tidak setuju dan berpendapat sistem peperiksaan masih relevan selain mempersoalkan persediaan pihak terbabit mencorak pembaharuan pendidikan.

Kini, wujud perbahasan, sama ada format baru itu bakal memberi impak dan mampu melonjakkan prestasi ke tahap membanggakan.

Friday, October 22, 2010

Persidangan Majlis Guru Cemerlang Muar / Ledang 2010

Persidangan MGC Muar/Ledang 2010 telah berlangsung pada 20.10.2010 Rabu bertempat di Hotel Classic Muar. Acara bermula dengan pendaftaran para peserta persidangan yang terdiri daripada guru cemerlang dalam daerah Muar/Ledang.

Slot pertama bermula jam 8.30 - 10.30 iaitu ceramah pertama dari Tn Hj Engliman, KPM Putrajya.
 Ini pula slot kedua jam 11-1 tengahari, En Azizul Rahman, Guru Cemerlang BM Gred Khas C.
Waktu yang ditunggu..makan tengahari..hotel lah katakan..khusyuk semua tengah makan..
 Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Agung MGC serta pembubaran AJK lama..Terima kasih AJK lama atas segala sumbangan kepada MGC Muar. Jasamu dikenang..
Inilah wajah Pengerusi baru MGC Muar 2011-2013, Tn Hj Hassny, GC Matematik. tahniah atas perlantikan dan semoga MGC Muar kecemerlangan berterusan di bawah pimpinan Tuan Haji.
Akan datang..gambar makan malam..tunggu...

Thursday, October 14, 2010

Jemputan Persidangan Guru-guru Cemerlang Daerah Muar Tahun 2010


PERSIDANGAN GURU – GURU CEMERLANG DAERAH MUAR
TARIKH: 20 OKTOBER 2010
HARI:  RABU

MATLAMAT

            Matlamat utama Konvensyen adalah untuk membolehkan peserta memahami entiti dan kualiti kecemerlangan sebagai guru cemerlang yang sebenar-benarnya. Konvensyen ini juga sangat berguna untuk mencari, menilai dan menentukan hala tuju diri, mencari pandangan (view) baru, membangunkan diri dengan nafas dan azam baru sebagai guru cemerlang dan juga sebagai medan perkongsian ilmu dan pengalaman antara guru cemerlang yang berpengalaman dengan guru cemerlang yang baru dilantik.
Disamping itu juga, konvensyen ini akan dapat memberikan latihan kepimpinan dan pengalaman kepada Biro Pembangunan Modal Insan Guru dalam mengendalikan kursus sebegini.


3.0       OBJEKTIF KHUSUS
           
Secara khusus objektif konvensyen ini adalah :
  1. Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada guru-guru cemerlang yang senior kepada guru-guru cemerlang yang lain terutamanya mereka yang baru dilantik.
  2. Memberi kemantapan kepada guru cemerlang tentang idea dan ilmu berkaitan ‘pemikiran kelas pertama’.
  3. Memberikan penghargaan kepada guru-guru cemerlang yang akan bersara dalam satu majlis makan malam yang dirancang sebagai salah satu pengisian konvensyen.
  4. Pembubaran jawatankuasa yang lama dan perlantikan jawatankuasa yang baru dapat dijalankan dalam Majlis Mesyuarat Agong yang dirancang.

Wednesday, October 6, 2010

Mesyuarat J/Kuasa Persidangan Guru Cemerlang Muar

Perhatian kepada guru cemerlang yang terlibat di mana surat telah diedarkan di sekolah tuan/puan. Satu mesyuarat jawatankuasa persidangan guru cemerlang Muar akan diadakan :-

pada: 6 Oktober 2010
hari : Rabu
jam : 2.30 petang
tempat : Bilik Gerakan SMK Tengku Mahmud Iskandar (STMI)

Kehadiran adalah diwajibkan. Segala kerjasama didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Monday, October 4, 2010

PMR 2010

Majlis Guru Cemerlang Muar ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 kepada semua pelajar di Daerah Muar khususnya, di negeri Johor dan seluruh Malaysia umumnya yang akan bermula pada esok 5 Oktober 2010 Selasa....Semoga Berjaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...