SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Monday, November 8, 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam Negeri Johor 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat negeri Johor telah berlangsung di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 8 November 2010 Isnin. Seramai 12 orang pembentang dari seluruh daerah dalam negeri ini telah membentangkan laporan kajian tindakan masing-masing di hadapan 3 orang panel penilai kajian tindakan. Muar yang mewakili zon 1 telah diwakili oleh Hj Iskandar (Bahasa Arab Sekolah Rendah), Hj Abd Ghani GC Pendidikan Islam SR(Pendidikan Islam Sekolah Rendah) dan Hj Saiful Nizam GC Pendidikan Islam SM (Pendidikan Islam Sekolah Menengah).
Hj Saiful membentangkan tajuk Kod Jari Ringkas bagi membezakan Rukun Haji dan Wajib, mendapat tempat ketiga sahaja..apapun beliau bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian pertama dalam kajian tindakan peringkat negeri Johor.
Dan Hj Abd Ghani pula membentangkan GURAWI iaitu gurindam jawi. Mendapat saguhati dari Ustaz LokmanulHakim. Penutupan telah dilakukan oleh Ustaz LokmanulHakim bin Mashadi pada jam 1.30 tengahari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...