SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Friday, March 4, 2011

Mesyuarat 'Post Mortem' Kursus MGC Muar 1/2011

Mesyuarat ini telah diadakan pada 4 Mac 2011(Jumaat) mulai jam 3.00 - 6.00 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara SMK Tengku Mahkota Muar. Mesyuarat khusus membincangkan post mortem Kursus Profesionalisme GC Muar/Ledang yang telah diadakan pada 24 Februari 2011 lalu di Pusat Giat Mara Ledang. Dalam mesyuarat berkenaan pengerusi menggariskan beberapa kelemahan-kelemahan ketara yang dilihat semasa pengelolaan kursus. Beberapa penambahbaikan turut diutarakan dan diharapkan pada penganjuran kursus akan datang MGC Muar menjadi penganjur yang 'zero-defect".
Mesyuarat kali ini juga telah menemui suatu formula bagi menyelesaikan hutang-hutang tertunggak 2010 MGC Muar  kepada pihak MGC Johor. Selain itu mesyuarat memutuskan 2 GC yang dipilih mengikuti Kursus Pemantapan Web Blog anjuran MGC Johor pada 25-27 Mac 2011 di Pusat Latihan Perguruan Bandar Tenggara Kulai. Selain itu mesyuarat memutuskan 10 orang delegasi GC Muar yang akan ke Persidangan MGC Johor di Golden Beach Hotel Desaru pada 25-27 Mei 2011. Selain itu mesyuarat menetapkan kadar tarif bantuan kepada GC yang mewakili MGC Muar ke kursus, persidangan, seminar dan latihan profesional di dalam dan di luar daerah/negeri.

Mesyuarat diserikan lagi dengan kehadiran Pen PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar, Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus yang hadir di pertengahan mesyuarat untuk memberikan beberapa input berkaitan pengurusan GC dan amanat berkaitan profesionalisme GC serta harapan dari PPD Muar yang baru iaitu Tn Hj Ahmad bin Othman (bekas pengetua SMK Tun Mamat Ledang).

Thursday, March 3, 2011

Kajian Tindakan Antara Guru Cemerlang Negeri Johor 2011

 Pada 3 Mac 2011(Khamis) dari jam 9.00 pagi - 3.00 petang bertempat di SM Sains Kluang Johor telah diadakan Pertandingan Kajian Tindakan antara GC-GC daerah bersempena dengan Seminar Kajian Tindakan GC Negeri Johor.
MGC Muar menghantar 2 peserta iaitu Ustaz Hj Abd Ghani Othman (SK Seri Bukit Batu) dan Hjh Zahrah Ab Kadir (SMK Tengku Mahmud Iskandar).
Dalam pertandingan tersebut bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh daerah Segamat(johan), Kluang(naib johan) dan Batu Pahat(tempat ke-3) manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh Pontian(johan), Kluang(naib johan) dan Pasir Gudang(tempat ke-3)

Tuesday, March 1, 2011

PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN MAJLIS GURU CEMERLANG JOHOR 2011

Tempat : Sekolah Menengah Sains Kluang Johor
Tarikh : 3 Mac 2011 (Khamis)
Jam : 8.00 pagi - 5.00 petang.

Kategori Sekolah Menengah MGC Muar : Pn Hjh Zahrah bte Ab Kadir (SMK Tengku Mahmud Iskandar Ledang)
Tajuk :
Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Rumus MEDIAN (mat tamb) Dalam Kalangan Pelajar Lemah Tingkatan 5 Elit Melalui Pendekatan "Lagu Di Radio FM, Cair Di Susu F&N".

Kategori Sekolah Rendah MGC Muar:Ust Hj Abd Ghani bin Othman (SK Seri Bukit Batu Muar)
Tajuk:
Memperkaya Perkataan Jawi (Huruf Berbunyi 'Aa' tetapi tiada huruf Alif) bagi murid Tahun 5 Bestari Menggunakan GURAWI (Gurindam Jawi).

Sama-sama kita mendoakan agar peserta MGC Muar memperoleh kejayaan nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...