SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Monday, June 27, 2011

SEAMEO RECSAM : 4TH INTERNATIONAL CONFERENCE IN SCIENCE AND MATHEMATIC EDUCATION

Sukacita dumaklumkan SEAMEO RECSAM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Universiti Sains Pulau Pinang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan persidangan Antarabangsa Pendidikan Sains dan Matematik pada 15-17 November 2011 di SEMEO RECSAM Pulau Pinang. Tema persidangan adalah "Tranforming School Science and Mathematics Education in 21st Century". Persidangan akan dilaksanakan secara Plenari, Sesi Selari (Parallel Sessions), Pembentangan Poster dan juga Bengkel

Maka dengan ini dipelawa kepada semua guru-guru sains dan matematik yang berminat untuk menyertai  persidangan tersebut sama ada sebagai pembentang atau peserta. Guru-guru cemerlang sangat digalakkan menjadi pembentang dan peserta dalam persidangan ini.

Dimaklumkan juga beberapa perkara penting kepada yang berminat :
Tarikh akhir penerimaan abstrak  -  30 Jun 2011
Tarikh Akhir Early Bird Registration  -  10 September 2011
Pendaftaran (peserta dan pembentang)  -  RM580 (Early Bird)
                                                                RM 680 (selepas 10 September 2011)

Wednesday, June 22, 2011

Inovasi GC dilanjutkan sehingga 30 Jun 2011


Makluman kepada semua GC Muar / Ledang,
Setakat ini inovasi GC yang telah dihantar ke PPD Muar adalah sebanyak 82 penyertaan. Masih terdapat 36 penyertaan lagi dari GC Muar / Ledang yang belum dihantar. Terima kasih kepada GC yang telah menghantar dan kepada GC yang belum menghantar, pihak JPNJ melanjutkan tarikh penyertaan pada atau sebelum 30 Jun 2011. Semua inovasi hendaklah di hantar kepada Tn Hj Sahabudin bin Jazuli, Ketua Unit Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Kerjasama dari semua GC didahului dengan ucapan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...