SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Friday, February 17, 2012

Mesyuarat AJK MGC Kali Pertama 2012 dan Status GC 2012

pada hari ini 17 Februari 2012 jam 3 petang di SMK Tengku Mahkota telah berlangsungnya mesyuarat pertama AJK MGC Muar dan antara topik penting ialah mengenai kedudukan GC yang terkini selepas pengumuman tentang SBPA.

Di sini disiarkan maklumat tentang kedudukan GC daripada En Norazrin bin Amir Hamzah (JNJK Johor)
1. GC tidak dibubarkan. GC masih kekal dalam GC. GC tetap ada dan fungsi GC masih diteruskan
2. Yang menjadi tanda tanya ialah laluan 'fast track' untuk GC dalam SBPA tidak ditunjukkan (tidak diperincikan). Yang ada adalah laluan kerjaya untuk semua guru
3. Sekarang ini KPM sedang berunding dengan JPA berkenaan laluan 'fast track' untuk GC dalam SBPA. Kedudukan GC dalam SBPA sedang dalam semakan semula
4. Dalam SBPA, kedudukan GC akan diberikan penjenamaan semula
5. Rundingan semak semula kedudukan GC dalam SBPA dan semak semula gaji dalam mesyuarat CEUPACS dengan JPA memakan masa selama 3 bulan. Jadi semua GC diharap bersabar
6. Menurut En Norazrin lagi, GC tidak mungkin akan dimansuhkan. Jika dimansuhkan masa sia-sialah sahaja usaha dan kerja JNJK selama ini. Ini juga mensesiakan masa, tenaga dan masa JNJK dan sasaran kerja JNJK terbuang begitu sahaja.

Ini pula maklumat daripada Tuan Haji Jaafar bin Bajuri (Setiausaha 1 MGC Malaysia)
1. MGCM dan JNJK telah membentangkan Kertas Konsep Baru berkaitan GC dalam SBPA kepada KPM pada 6 januari 2012.

Juga dalam mesyuarat ini dibentangkan tentang pengesshan minit mesyuarat yang lepas selain pembentangan laporan kewangan MGC Muar.

Mesyuarat tamat pada jam 5.15 petang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...