SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Sunday, April 28, 2013

Majlis Serah Tugas Jawatan Pengerusi MGC Muar dan Ledang 2013

Pada 25 April 2013 (Khamis) jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Sungai Abong Muar telah diadakan Majlis Serah Tugas Pengurusan AJK Tertinggi MGC Muar dan Ledang untuk sesi 2013 - 2015. Serentak dengan itu juga dilakukan pembubaran AJK Biro lama dan dilantik dengan AJK Biro yang baru.

Mantan pengerusi Tn Hj Hassni bin Hussin menyerahkan tugas kepada pengerusi baru Tn Hj Roslan bin Atan dan mantan setiausaha Pn Hj Asmah bt Othman menyerahkan tugas kepada setiausaha baru Pn Azian bt Omar manakala mantan bendahari Pn Hjh Suriati bt Yusof menyerahkan tugas kepada bendahari baru Pn Noor Muslieah bt Mustafa Kamal.

Kepada semua AJK baru, selamat menjalankan tugas.

Tn Hj Hassni bin Hussin menyerahkan tugas kepada Tn Hj Roslan bin Atan

Wednesday, April 17, 2013

Persidangan MGC Muar dan Ledang 2013


Pada 13 April 2013 (Sabtu) jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Perdana PPD Muar telah diadakan Persidangan MGC Muar dan Ledang 2013. Slot pertama diisi dengan ceramah dari Ketua Nazir Cawangan Muar, Tn Hj Othman bin Ali dengan tajuk "PdP Berkesan Menurut SKPM 2010 Standard 4". Slot ke-2 diisi dengan Mesyuarat Agung dan Pemilihan AJK Baru 2013-2015 dan slot ke-3 diisi dengan meraikan GC bersara serta majlis penutupan oleh Timbalan PPD Muar.

Berikut adalah senarai AJK Majlis Tertinggi MGC Muar 2013-2015 yang baru. Kepada semua AJK diucapkan selamat menjalankan tugas.



PENGERUSI                         :               TN HJ ROSLAN BIN ATAN
                                                               SMK Sungai Abong

TIMBALAN PENGERUSI  :               TN HJ NOR KHALID BIN SALIKIN
                                                               SMK Dato Seri Amar DiRaja

TIMBALAN PENGERUSI 2               EN ZAKARIA BIN MOHAMAD
                                                               SK Dumpar

SETIAUSAHA                     :               PN AZIAN BINTI OMAR
                                                               SMK Parit Bunga

PEN SETIAUSAHA 1          :               PN ROPIAH BINTI MOHAMED
                                                               SMK Tengku Mahmud Iskandar

PEN SETIAUSAHA 2          :               PN NOZIHA  BINTI DIN
                                                               SK Orang Kaya Ali

BENDAHARI                       :               PN NOOR MUSLIEAH BINTI MUSTAFA KAMAL
                                                               SMK Sultan Abu Bakar

PEN BENDAHARI              :               PN HJH MUMTAZAH BINTI SUBAR
                                                               SMK Convent

JURU AUDIT 1                    :               EN CHIEW TIAN LEONG
                                                               SK Parit Zin

JURU AUDIT 2                    :               CIK HOE SEE HWE
                                                               SMK Pekan Baru

Peserta sedang khusuk mencatat ceramah dari Ketua Nazir Cawangan Muar



Ceramah dari Tn Hj Othman bin Ali, Ketua Nazir Cawangan Muar
 
Pengerusi MGC Muar menyampaikan cenderhati kepada tuan penceramah
 
Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK baru 2013-2015 rancak dijalankan


Pengerusi baru MGC Muar 2013-2015 menyampaikan ucapan penangguhan

 
Ucapan daripada GC bersara, En Zahbah bin Lep
Ucapan mantan pengerusi MGC Muar dan Ledang Tn Hj Hassni bin Hussin
 
Bergambar kenangan bersama Mantan Pengerusi MGC Muar




Monday, November 5, 2012

Kursus KIK GC Muar 2012

Pada 2-4 November 2012 bertempat di Hotel Seri Costa Melaka telah diadakan Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) untuk seramai 50 orang GC Daerah Muar. Objektif kursus ini adalah seperti berikut:

a) Untuk menubuhkan pasukan KIK MGC Muar dalam mencetus penciptaan penyelesaian masalah.
b) Meningkatkan kefahaman mengenai kaedah dan penggunaan alat kualiti dan strategi menangani masalah
c) Menggunakan kaedah dan alat kualiti dalam budaya kerja berkualiti
d) Dapat meningkatkan produktiviti, kualiti dan melahirkan ciptaan baru yang kreatif dan berinovasi.

Kursus KIK ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus, GPK1 SMK Tinggi Muar. Kursus diberi dalam bentuk ceramah dan perbengkelan. Sebanyak 3 kumpulan KIK telah dapat dibentuk melalui kursus ini. Kursus telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Sahabudin bin Jazuli, Pen PPD Pengurusan Sekolah dan ditutup rasmi oleh Tn Hj Ahmad bin Othman, Pegawai Pelajaran Daerah Muar.






Pertandingan Bowling GC Daerah Muar 2012

Pada 3 November 2012 (Sabtu) jam 5.00 ptg - 6.30 ptg bertempat di Mahkota Bowl Mahkota Parade Melaka, Biro Sukan dan Rekreasi MGC Muar telah menganjurkan pertandingan Bowling antara GC Muar. Seramai 24 orang GC telah mengambil bahagian. Objektif pertandingan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan mencungkil bakat terpendam di kalangan GC. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif MGC Muar dari 2-4 November 2012 di Hotel Seri Costa Muar.
Berikut adalah pemenang pertandingan tersebut:

Kategori Lelaki :
1.  Johan - Ustaz Zakaria bin Mohamad - SK Dumpar
2.  Naib Johan - Tn Hj Hassni bin Hussin - SMK Tengku Mahkota
3.  Ke-3  -  En Shah Rizal bin Mohd Akip - SK Orang Kaya Ali

Kategori Wanita :
1.  Johan - Pn Nur Faiza bt Salleh - SK Simpang Lima Pekan
2.  Naib Johan - Pn Anisah bt Katmin - SK Bukit Naning
3.  Ke-3  -  Cik Hjh Mawar bt Abd Ghani - SMK Tengku Mahkota



Tuesday, September 25, 2012

MGC Muar menang anugerah dalam Konvensyen KIK 2012 peringkat daerah Muar

Pada 24 September 2012(Isnin) telah berlangsung Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Daerah Muar  2012. Pada konvensyen tersebut sebanyak 8 Majlis Perhubungan PPD Muar telah mengambil bahagian. Tahniah kepada MGC Muar yang telah menggondol Anugerah Emas 3 Bintang (Naib Johan) dan Anugerah Persembahan Terbaik. Pasukan MGC Muar telah membentangkan tajuk "Kesukaran Guru Dalam Membantu Pelajar Mengingat Fakta-Fakta dan Proses Sains Dalam Biologi SPM". Pasukan KIK MGC Muar telah diwakili oleh :

1.  Pn Hjh Zahrah bte Abd. Kadir  -  SMK Tgk Mahmud Iskandar  -  Fasilitator
2.  Pn Hjh Rashidah bte Kasbi  -  SMKA Maahad  -  Ketua Kumpulan (merangkap pembentang)
3.  Hj Hassni bin Hussin  -  SMK Tgk Mahkota  -  Projek
4.  Hjh Asmah bte Othman  -  SMK SAB  -  Projek
5.  Pn Azian bt Omar  -  SMK Pt Bunga  -  Data
6.  Hj Hamdan bin Rahmat  -  SMK Pt Bunga  -  Data
7.  En Zulkipli bin Ismail  -  SMK Pt Bunga  -  Data
8.  En Fazarudin bin Abd Kadir  -  SMK Bkt Pasir  -  Programmer
9.  En  Md Noor bin Abd Rashid  -  SMK Sg Abong  -  PA System
10.Ust Saiful Nizam bin Mohd Radzi  -  SMK Bkt Pasir  -  PA System

Diucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua SMK Tengku Mahkota Muar , Tn Hj Bahren bin Osman kerana telah membenarkan Kumpulan KIK MGC Muar menggunakan bilik mesyuarat Mutiara yang selesa semasa penyediaan bahan pembentangan. Kumpulan KIK MGC Muar telah 'berkampung' selama 6 hari di bilik mesyuarat ini bagi menyediakan persembahan yang terbaik dan hasilnya amat berbaloi.

Pn Hjh Rashidah bte Kasbi menerima Anugerah Persembahan Terbaik bagi mewakili pasukan MGC Muar


Tn Hj Hassni bin Hussin menerima anugerah Emas 3 Bintang bagi mewakili pasukan MGC Muar

Pasukan MGC Muar sedang memberikan tumpuan semasa pembentangan pasukan oleh Pn Hjh Noor Rasidah Kasbi disampaikan.





Thursday, July 19, 2012

GC Muar Terima Anugerah Dalam Konvensyen Kebangsaan 2012

Persidangan MGC Johor 2012 telah berlangsung dengan jayanya di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor dari 17-19 Julai 2012 yang lalu. Persidangan kali ini dinamakan Konvensyen Kebangsaan Jiwa Pendidikan 2012 (KJP 2012) kerana kolaborasi diantara MGC Johor dengan IPG Temenggong Ibrahim Johor. Peserta IPG terdiri dari para pensyarah seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pengisian Konvensyen dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja/kajian tindakan dan pertandingan inovasi serta satu forum wacana pendidikan.
Dalam pertandingan inovasi kategori guru cemerlang, dua wakil GC Muar telah berjaya meraih anugerah emas dan anugerah gangsa. Mereka ialah :
1.  Pn Hjh Noor Rasidah binti Kasbi - Buku Mnemonik Biologi Ting 4 dan 5 - Anugerah Emas
2.  Tn Hj Abd Ghani bin Othman - Gurawi (Gurindam Jawi) - Anugerah Gangsa

Manakala dua GC membentang Kajian Tindakan. Mereka ialah :
1.  Pn Hjh Zahrah bt Abd Kadir  -  Lagu Di Radio FM, Cair Di Susu F&N, On The Half Night"
2.  Tn Hj Hamdan bin Rahmat  -  Aplikasi Senaman Jari Bagi Mengatasi Masalah Inflasi

Tahniah kepada dua orang GC Muar ini dan diharapkan pada tahun akan datang lebih ramai GC Muar tampil di dalam pembentangan kertas kerja/kajian tindakan dan persembahan projek inovasi.

Buku Cenderamata Sempena Konvensyen / Persidangan MGC Johor

Pn Hjh Noor Rasidah Kasbi memberi penerangan kepada para hakim
Ust Hj Abd Ghani Othman memberi penerangan kepada para hakim
Ust Hj Abd Ghani Othman menang Anugerah Gangsa
Pn Hjh Rashidah Kasbi menang Anugerah Emas

Delegasi GC Muar terdiri dari 8 peserta

Sunday, July 15, 2012

Persidangan MGC Johor 2012

Persidangan akan diadakan di IPG Temenggong Ibrahim Johor Bahru pada 17 - 19 Julai 2012. Persidangan berkonsepkan Konvensyen Jiwa Pendidik dengan bertemakan Pendidikan Melestarikan Pendidikan. Persidangan kali ini menggabungkan perkongsian pintar di antara Majlis Guru Cemerlang Johor dengan Institut Perguruan Guru Malaysia. Kontigen MGC Muar akan diwakili oleh 10 peserta iaitu :
1) Tn Hj Hassni bin Hussin  -  SMK Tengku Mahkota
2) Pn Hj Asmah bt Othman  -  SMK(P) Sultan Abu Bakar
3) Pn Hj Suriati bt Yusof  -  SMK Convent
4) Tn Hj Hamdan bin Rahmat  -  SMK Pt Bunga (Pembentang kajian tindakan)
5) Pn Hj Zahrah bt Abd Kadir  -  SMK Tengku Mahmud Iskandar (Pembentang kajian tindakan)
6) Tn Hj Abd Ghani bin Othman  -  SK Seri Bukit Batu  (Pembentang inovasi)
7) Pn Hj Noor Rasidah bt Kasbi  -  SMKA Maahad Muar (Pembentang inovasi)
8) Pn Azian bt Omar  -  SMK Pt Bunga
9) Pn Ropiah bt Mohamed  -  SMK Bukit Gambir
10) En Md Noor bin Rashid  -  SMK Sg Abong


Disertakan tentatif program seperti di bawah :


ATURCARA KONVENSYEN JIWA PENDIDIK
ANJURAN BERSAMA IPGM KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM
DENGAN KERJASAMA
MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR

17 Julai 2012 ( Selasa )

08.00 – 09.00 pagi      Pendaftaran peserta
09.00 – 10.00 pagi      Majlis Perasmian Pembukaan.
10.00 – 10.30 pagi      Lawatan Pameran Pertandingan Inovasi oleh
                                   Rektor IPGM, KPM
10.30 – 11.00 Pagi      Kudapan
11.00 – 01.00 Petang  Pembentangan Selari Sesi 1/Pameran Pertandingan Inovasi
01.00 – 02.30 Petang  Makan Tengahari/ Solat/Rehat
02.30 – 04.30 Petang  Pembentangan Selari Sesi 2/Pameran Pertandingan Inovasi
04.30 – 05.00 Petang  Bersurai
08.00 – 10.00 Mlm     Mesyuarat Agung Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor

18 Julai 2012 ( Rabu )

08.00 – 10.30 Pagi      Pembentangan Selari Sesi 3/Penilaian Pertandingan Inovasi
10.30 – 11.00 Pagi      Kudapan
11.00 – 01.00 Petang  Pembentangan Selari Sesi 4/Penilaian Pertandingan Inovasi
01.00 – 02.30 Petang  Makan tengahari/Solat/Rehat
02.30 – 04.30 Petang  Pembentangan Selari Sesi 5/Penilaian Pertandingan Inovasi
04.30 – 05.00 Petang  Bersurai
08.00 – 10.00 Mlm     Forum ‘Jiwa Pendidik’

19 Julai 2012 ( Khamis )

08.00 – 10.30 Pagi      Pembentangan Selari Sesi 6/Pameran Pertandingan Inovasi
10.30 – 11.00 Pagi      Kudapan
11.00 – 11.20 Pagi       Lawatan Pameran Pertandingan Inovasi oleh
Pengarah Pelajaran Negeri Johor
11.20 – 12.30 Tgh      Majlis Penutupan dan Penyampian Hadiah
12.30 Tgh                   Jamuan dan bersurai


Perhimpunan Perdana Guru Cemerlang 2012 "Sehari Bersama PM"

Pada 12 Julai 2012 (Khamis) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berlangsung Perhimpunan Perdana Guru Cemerlang 2012 Peringkat Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak. Tujuan perhimpunan adalah menjurus kepada pentingnya sokongan berterusan guru cemerlang kepada kerajaan sedia ada. Tiada berita "durian runtuh" dari PM kepada guru cemerlang sepertimana yang di war-warkan sebelum majlis berlangsung. MGC Muar turut menghantar 4 orang wakilnya ke perjumpaan ini iaitu :
1)  Tn Hj Hassni bin Hussin  -  SMK Tengku Mahkota
2)  En Salleh bin Hashim  -  SMK Ledang
3)  Pn Hj Mumtazah bt Subar  -  SMK Convent Muar
4)  Pn Noziha bt Din  -  SK Orang Kaya Ali


Saturday, May 19, 2012

GC Muar Terima Anugerah Hari Guru 2012

Seramai dua orang guru cemerlang daerah Muar dan Ledang menerima anugerah sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah yang di adakan pada 19 Mei 2012 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar pada jam 8.00 - 12.30 tengahari. Mereka ialah :

1)  Tn Hj Abd Ghani bin Othman (SK Seri Bkt Batu Bakri) - Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Rendah dengan bahan bantu P&P "Gurindam Jawi"

2) En Mohamad Taufek bin Mahamud (SMK Pekan Baru) - Anugerah Kategori Guru Menulis Cerita Kanak-Kanak sempena Hari Guru.

Tahniah kepada tuan-tuan berdua.  GC boleh !!!


Friday, May 11, 2012

Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru Cemerlang Muar dan Ledang 2012

Pada 10 Mei 2012 (Khamis) yang lepas bertempat di Dewan Theatrette 1 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Mukim Serom 4 & 5 Ledang, Majlis Guru Cemerlang Muar dan Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menjalankan kursus pemantapan profesionalisme untuk semua guru cemerlang sekolah rendah dan menengah bagi daerah Muar dan Ledang. Seramai 110 orang guru cemerlang telah hadir dalam kursus ini. Aturcara kursus dimulai dengan pendaftaran peserta pada jam 7.30 pagi dan taklimat kursus oleh  Tn Hj Hassni bin Hussin selaku pengerusi majlis dan pengerusi MGC Muar dan Ledang
Slot pertama bermula pada jam 8.30 - 10.30 pagi dengan ceramah 'Guru Penyayang Murid Cemerlang' yang disampaikan oleh En Zulkiffli bin Ismail, Pengetua Cemerlang DG54 SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar. Slot yang sungguh bermaklumat, berpengetahuan dan membuka minda setiap GC dan diselitkan dengan aktiviti permaian "kertas kosong".
Slot kedua bermula selepas rehat pada jam 11.00 pagi - 1.00 tengahari dengan ceramah yang disampaikan oleh Pn Haslinah bt Johar, Nazir Sekolah daripada Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tajuk "Peranan GC dalam meningkatkan kualiti P&P dengan menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)". Beliau mendedahkan perkara-perkara yang perlu ada pada setiap GC apabila dipantau oleh Nazir Sekolah nanti. Beliau juga mengupas secara mendalam tentang Elemen 4 di dalam SKPM. Penyampaian beliau yang begitu mantap dan diselang selikan dengan unsur-unsur humor menyebabkan peserta GC tidak kering gusi dibuatnya dan tidak berganjak dari tempat duduk dari mula slot sehingga tamat. Pn Haslinah juga mempelawa semua GC untuk mengisi borang kenaikan gred bagi semua gred kategori di sekolah menengah dan di sekolah rendah. Iklan bagi kenaikan gred dibuka pada 30 April 2012 dan ditutup pada 25 April 2012. Borang permohon boleh di download di portal Kementerian Pelajaran Malaysia pada bahagian pemberitahuan bertarikh 30 April 2012. Bahan kursus Pn Haslinah bte Johar boleh di download pada bahagian kanan paparan ini di bahagian bawah Lagu Guru Cemerlang
Di sebelah tengahari majlis berhenti rehat dengan menikmati hidangan makanan tengahari di kafeteria KKTM dan solat Zuhur di surau KKTM.
Slot petang bermula jam 2.30 petang dengan Majlis Jasamu Dikenang iaitu meraikan persaraan 3 orang guru cemerlang  iaitu
1- Pn Hjh Mazidah bt Kenang (SK Parit Jawa)
2- Pn Hjh Hasmah bt Hashim (SMK Tun Mamar Ledang)
3- Tn Hj Md Abd Aziz bin Md Yatim (SMK Tun Mamat)
Dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGC Muar dan Ledang dan seterusnya disiarkan montaj multimedia berkaiatan persaraan mereka bertiga yang telah disediakan oleh Unit Multimedia MGC Muar dan Ledang. Dan akhir sekali ialah penutupan rasmi kursus pada hari tersebut oleh Tn Hj Lokman bin Simon, Penolong PPD Bahasa Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Kursus tamat pada jam 5.00 petang

 Sebahagian daripada guru-guru cemerlang yang hadir ke kursus ini.
Sebahagian guru-guru cemerlang lagi dari kalangan guru wanita.
Guru-guru cemerlang lelaki ........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...