SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat J/K Program Lawatan Kerja Pengarah JPNJ ke Muar

pada 1 April yang lepas,bertempat di Dewan Mesyuarat Mutiara Mahkota, SMK Tengku Mahkota, Muar,  Majlis Guru Cemerlang Muar telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Program Lawatan Kerja Rasmi Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor ke daerah Muar.
Program tersebut dijangka akan berlangsung pada 8 April 2011 di Dewan Sekolah Tinggi Muar dan akan dihadiri oleh majlis-majlis permuafakatan seperti MPSM, MGB, MGC, M4P(Men), M4P(Ren), KEPTAN, KESPAR, MASMA, MGKK, PKG dan PPD Muar sendiri.
Majlis Guru Cemerlang Muar telah diberikan tugas dan amanah sebagai Jawatankuasa Protokol Majlis dan dimnta menyediakan pengacara majlis, pembaca doa, 'Usher' melabel meja, dan kerusi VIP dan melabel meja-meja majlis permuafakatan PPD Muar (11 meja).
Raptai majlis akan diadakan pada 7April di dewan Sekolah Tinggi Muar jam 2.30 petang. Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang.
Tekun semuanya mendengar amanat Pengerusi MGC Muar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...