SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Friday, April 29, 2011

Satu GC Satu Inovasi Bersempena Dengan Anugerah Inovasi P&P Negeri Johor 2011

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR 2011
 
Pada 28 April 2011 (Khamis) yang lalu satu mesyuarat mengenai Anugerah Inovasi  Pembelajaran dan Pengajaran  Negeri Johor telah diadakan di SMK Seri Lalang Kluang yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNJ bersama dengan Ketua Unit  Akademik PPD Johor dan semua pengerusi daerah Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor.

Dalam  mesyuarat tersebut semua hadirin telah diberikan taklimat mengenai Anugerah Inovasi   yang berfokuskan kepada inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran . Dalam mesyuarat tersebut juga memutuskan semua GC dikehendaki menghantar 1 inovasi P&P ciptaan mereka. GC boleh memilih inovasi samada yang berbentuk :

1) Amalan P&P   atau     2) Amalan P&P berbantu ICT    atau    3) Produk P&P spt ABM, BBM, Modul

Semua inovasi disimpan dalam hardcopy dan softcopy dan dihantar ke PPD Muar pada atau sebelum 20 Mei 2011. Pihak PPD Muar akan memanggil semua 118 GC daerah Muar berkaitan perkara ini pada 5 Mei 2011 (Khamis) di Bilik Mesyuarat SMK Bukit Pasir Muar. Taklimat akan disampaikan oleh Ketua Unit Akademik PPD Muar iaitu Tn Hj Sahabudin Jazuli. Surat panggilan akan diuruskan oleh pihak PPD Muar

Semua GC diharapkan dapat membuat persediaan dalam penghasilan Inovasi P&P ini. Untuk gambaran awal tentang anugerah inovasi ini, tuan/puan boleh download beberapa contoh inovasi P&P yang telah dihantar oleh beberapa GC di email yahoo sektor akademik JPNJ
                                    username  :  sektorpengurusanakademik@yahoo.com
                                    password :  SPAJPNJ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...