SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Friday, April 29, 2011

Satu GC Satu Inovasi Bersempena Dengan Anugerah Inovasi P&P Negeri Johor 2011

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR 2011
 
Pada 28 April 2011 (Khamis) yang lalu satu mesyuarat mengenai Anugerah Inovasi  Pembelajaran dan Pengajaran  Negeri Johor telah diadakan di SMK Seri Lalang Kluang yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNJ bersama dengan Ketua Unit  Akademik PPD Johor dan semua pengerusi daerah Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor.

Dalam  mesyuarat tersebut semua hadirin telah diberikan taklimat mengenai Anugerah Inovasi   yang berfokuskan kepada inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran . Dalam mesyuarat tersebut juga memutuskan semua GC dikehendaki menghantar 1 inovasi P&P ciptaan mereka. GC boleh memilih inovasi samada yang berbentuk :

1) Amalan P&P   atau     2) Amalan P&P berbantu ICT    atau    3) Produk P&P spt ABM, BBM, Modul

Semua inovasi disimpan dalam hardcopy dan softcopy dan dihantar ke PPD Muar pada atau sebelum 20 Mei 2011. Pihak PPD Muar akan memanggil semua 118 GC daerah Muar berkaitan perkara ini pada 5 Mei 2011 (Khamis) di Bilik Mesyuarat SMK Bukit Pasir Muar. Taklimat akan disampaikan oleh Ketua Unit Akademik PPD Muar iaitu Tn Hj Sahabudin Jazuli. Surat panggilan akan diuruskan oleh pihak PPD Muar

Semua GC diharapkan dapat membuat persediaan dalam penghasilan Inovasi P&P ini. Untuk gambaran awal tentang anugerah inovasi ini, tuan/puan boleh download beberapa contoh inovasi P&P yang telah dihantar oleh beberapa GC di email yahoo sektor akademik JPNJ
                                    username  :  sektorpengurusanakademik@yahoo.com
                                    password :  SPAJPNJ

Friday, April 8, 2011

URUSAN PEMANGKUAN GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

URUSAN  PEMANGKUAN  GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus

 Muat Turun Borang GC 2011

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat J/K Program Lawatan Kerja Pengarah JPNJ ke Muar

pada 1 April yang lepas,bertempat di Dewan Mesyuarat Mutiara Mahkota, SMK Tengku Mahkota, Muar,  Majlis Guru Cemerlang Muar telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Program Lawatan Kerja Rasmi Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor ke daerah Muar.
Program tersebut dijangka akan berlangsung pada 8 April 2011 di Dewan Sekolah Tinggi Muar dan akan dihadiri oleh majlis-majlis permuafakatan seperti MPSM, MGB, MGC, M4P(Men), M4P(Ren), KEPTAN, KESPAR, MASMA, MGKK, PKG dan PPD Muar sendiri.
Majlis Guru Cemerlang Muar telah diberikan tugas dan amanah sebagai Jawatankuasa Protokol Majlis dan dimnta menyediakan pengacara majlis, pembaca doa, 'Usher' melabel meja, dan kerusi VIP dan melabel meja-meja majlis permuafakatan PPD Muar (11 meja).
Raptai majlis akan diadakan pada 7April di dewan Sekolah Tinggi Muar jam 2.30 petang. Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang.
Tekun semuanya mendengar amanat Pengerusi MGC Muar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...