SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Tuesday, March 6, 2012

ISU-ISU PERJAWATAN GURU CEMERLANG SSM DAN SBPA


MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA www.mgcm.edu.my
d/a YDP MGCM Hj.Rodzli Hashim ,SMK Dato’ Syed Omar,
 Lebuhraya Sultanah Bahiyah,05350 Alor Star, Kedah Darul Aman
Tel: 04 732 1607 / Faks: 04 730 9690 / HP: 012 475 8442 / rodzli_mgc@yahoo.com

MGCM: YDP / 16 / 2012
Tarikh :  10 FEBRUARI 2012


ISU-ISU PERJAWATAN GURU CEMERLANG SSM DAN SBPA

1.    Ramai GC dalam semua gred ( DGA32 hingga DG54) yang telah dinilai dan dicerap oleh Jemaah Nazir dalam tahun-tahun 2008-2011, telah  mengisi borang kenaikan gred dalam SSM tidak dinaikkan gred dalam SSM sebelum 1.1.2012 walaupun telah cukup syarat, telah terlalu lama tempoh dalam gred semasa. Pelaksanaan SBPA 1.1.2012 akhirnya telah menyekat terus kumpulan berkenaan dari kenaikan yang sepatutnya dalam SSM. Walaupun ada SME dalam SBPA tetapi, peluang kenaikan itu sepatutnya telah dinikmati dalam masa SSM.

2.    Jumudnya gred GC DGA32,DGA34 memburukkan lagi keadaan dan nasib perjawatan GC Gred berkenaan.

3.    Sejak dalam SSM lagi GC pelbagai gred yang sepatutnya naik gred lebih cepat melalui laluan kecemerlangan, tetapi rakan sejawat melalui “time-base” atau bukan Guru Cemerlang lebih dahulu naik gred. Ini menyebabkan guru yang menjawat jawatan GC terutama dig red DGA32,34 dan 44 serta 48 tertinggal di belakang. Sekali lagi, ketibaan SBPA telah meninggalkan mereka lebih jauh ke belakang .

4.    Ketiadaan jawatan Guru Cemerlang dalam SBPA menyebabkan system pendidikan kita tidak lagi mempunyai sekumpulan guru yang “diiktiraf” cemerlang atau pakar untuk ditonjolkan ke taraf dunia . ( Sila rujuk lampiran surat MGCM kepada YBhg Dato’ Sri KPPM )

5.    Guru Cemerlang Gred Khas C dalam SSM, ada yang telah tamat tangga gajinya. Apabila masuk ke SBPA, mungkin tangga gajinya pun ada 1 kenaikan sahaja lagi. Sehingga kini belum pasti adakah kenaikan gred seterusnya untuk GC Gred Khas C ke Gred Khas B sebagai Pendeta Guru.

6.    Kini MGCM dan MGCN menghadapi masalah besar kerana GC tidak ada lagi dalam SBPA menyebabkan GC sedia ada menarik diri daripada memberi komitmen kepada MGCN / MGCM.Pengetua/PPD/Pengarah Pelajaran Negeri masih mengarahkan GC berkhidmat seperti tahun-tahun lalu atas nama Guru Cemerlang. Oleh itu MGCM mencadangkan supaya jawatan GC diwujudkan terus dalam SBPA melalui kenaikan “SME”.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
( Hj.RODZLI HASHIM)
YANG  DIPERTUA MGCM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...