SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Tuesday, March 6, 2012

PENDAPAT MGCM BERKAITAN DENGAN PERJAWATAN GURU CEMERLANG DALAM SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012


MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA www.mgcm.edu.my
d/a YDP MGCM Hj.Rodzli Hashim ,SMK Dato’ Syed Omar,
 Lebuhraya Sultanah Bahiyah,05350 Alor Star, Kedah Darul Aman
Tel: 04 732 1607 / Faks: 04 730 9690 / HP: 012 475 8442

MGCNK: YDP / 12 / 2012
Tarikh : 23 JANUARI 2012


Yang Berbahagia,
Dato’ Sri Abd.Ghafar Bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Pejabat  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Aras 8 Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya.


Yang Berbahagia  Dato’ Sri ,

PENDAPAT MGCM BERKAITAN DENGAN PERJAWATAN GURU CEMERLANG DALAM SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012.


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan, bahawa Majlis Guru Cemerlang Malaysia berpendapat, untuk merealisasikan hasrat menjadikan profesion perguruan di Malaysia bertaraf dunia, perlu diwujudkan satu kumpulan guru dengan jawatan yang khusus serta dipilih melalui satu sistem penilaian yang diiktiraf.

3. Selaras dengan jawatan Guru Cemerlang yang ada sebelum ini ( dalam SSM) serta kaedah kenaikan pangkat/gred melalui SME ( Subject Matter Expert ) dan laluan “secara istimewa” ( dalam SBPA ), kumpulan guru yang cemerlang ini boleh dikelompokkan untuk tujuan tersebut.

4.  Guru Cemerlang Gred Khas C dalam skim sekarang boleh dikelompokkan dalam kumpulan ini yang kini di namakan Pendeta Guru. Kumpulan Pendeta Guru ini telah mempunyai pengalaman serta kepakaran yang tinggi dalam mata pelajarannya. Mereka menjadi Guru Cemerlang sejak tahun 1995 dan telah melalui proses pemilihan serta penilaian yang mantap semasa dilantik dahulu.

5. Namun, MGCM berpendapat nama jawatan Pendeta Guru tersebut lebih sesuai dinamakan “GURU PAKAR ( + nama mata pelajaran. Contoh: Guru Pakar Matematik ), kerana ia menggambarkan seseorang guru yang istimewa, mempunyai kepakaran ( expert ) serta sesuai dengan sifat “kepakaran guru dalam mata pelajaran tersebut “.Perkataan “pakar” juga menunjukkan suatu “jawatan”. “Pendeta” lebih bermaksud sifat yang “berilmu tinggi”  dan tidak menggambarkan “jawatan”. “Pakar” ini adalah dalam konteks pendidikan, tidak merujuk kepada pakar dalam bidang lain yang diberi “elaun” tertentu kerana kepakarannya.

6. Dalam gred-gred DG1-6,DG1-5 dan DG1-4  ( DG44-54 ), mereka boleh dinaikkan ke pangkat kumpulan Guru Pakar ini berdasarkan kepada ciri SME dan laluan secara istimewa dalam SBPA.

GRED ASAL
SME / laluan istimewa
Naik ke gred/jawatan  Guru Pakar
DG44
Dinilai melalui
Gred DG1-4
DG48
SME atau laluan
Gred DG1-5
DG52
istimewa
Gred DG1-6
DG54

Gred Khas C





7. Di peringkat sekolah rendah guru-guru dalam gred DG 2-2 dan DG 2-4 (DGA 32 dan 34) , mereka boleh dinaikkan ke pangkat kumpulan Guru Pakar dalam Gred DG 2-5 (dahulunya DGA38) ini berdasarkan kepada ciri SME dan laluan secara istimewa dalam SBPA.

GRED ASAL
SME / laluan istimewa
Naik ke gred/jawatan  Guru Pakar
DGA 32
Dinilai melalui
Gred DG 2-5
DGA 34
SME atau laluan istimewa
Gred DG 2-5


8. Rumusannya, jawatan Guru Pakar ( yang dicadangkan ini ), akan mempunyai guru-guru dari Gred Khas C, DG1-4 ,DG 1-5 ,DG 1-6 dan DG 2-5.

9. Dengan ini, sistem pendidikan negara Malaysia akan mempunyai sekumpulan guru, iaitu GURU PAKAR,  yang diiktiraf kepakaran dan kecemerlangannya yang boleh ditonjolkan sebagai bertaraf dunia. Dengan ini juga, baharulah boleh dijenamakan satu organisasi Majlis Guru Pakar Malaysia ( MGPM ) bagi menggantikan Majlis Guru Cemerlang Malaysia.

10. MGCM juga mencadangkan supaya, Guru Cemerlang yang berpotensi dan berminat, dilantik ke jawatan Pengetua atau pentadbiran mana-mana organisasi yang sesuai di Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Negeri. Ini adalah selaras dengan konsep “kemajuan kerjaya” dalam SBPA melalui pemindahan kerjaya seseorang pegawai ke bahagian lain.

11. MGCM mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian Yang Berbahagia Dato’ Sri sebagai Penaung MGCM , terhadap pelbagai aspek kerjaya Guru Cemerlang.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KECEMERLANGAN BERTERUSAN”

Saya yang menurut perintah,


( Hj.RODZLI HASHIM)
YANG  DIPERTUA MGCM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...