SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Thursday, May 13, 2010

Kebakaran rumah ahli MGC Muar


pada 22 April yang lepas telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan rumah salah seorang ahli MGC Muar iaitu Cik Noraini, guru cemerlang Sekolah Sains Muar. Dalam kebakaran yang berlaku sekitar antara jam 1-3 pagi, seluruh rumah terbakar dan alhamdulillah Cik Noraini sempat menyelamatkan dirinya dan satu-satu harta benda yang dapat diselamatkan ialah keretanya. Bomba tiba di tempat kejadian dan memadamkan api yang hampir-hampir menjilat rumah jirannya iaitu Cikgu Malek. Walaubagaimanapun rumah Cikgu Malek terbakar juga sedikit di bahagian dinding yang bercantum dengan bilik utama rumah Cik Noraini. Kerugian harta benda dianggarkan ribuan ringgit dan semuanya musnah dalam kebakaran. Pihak MGC Muar menyampaikan rasa simpati ke atas apa yang berlaku dan memohon Cik Noraini bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.


Keadaan di ruang tamu dari arah hadapan.


Keadaan ruang tamu dengan TV LCD sudahpun terbakar.


Gambaran rumah dari sisi tepi dan pada siang hari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...