SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Saturday, May 15, 2010

PEMENANG ANUGERAH GURU INOVATIF DAERAH MUAR TAHUN 2010



Nama : Pn Nor Liya Bte Ismail
Sekolah : SMKA Maahad Muar, Jalan Junid
84000 Muar, Johor
Pengalaman Mengajar : 25 tahun
Subjek : Fizik
Kelulusan Akademik : Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Kelulusan Ikhtisas : Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Sarjana Pendidikan Sains (Fizik)

Butiran mengenai bahan inovasi yang dimenangi:

Tajuk Inovasi: RESOLUTION AND RESULTANT OF FORCES
R&R MODEL



Ciri-ciri utama bahan inovasi.


Inovasi P&P ini akan mewujudkan pembelajaran yang aktif secara konkrit , di mana pelajar akan dilibat dengan pengalaman segera, secara langsung dan konkrit melalui penggunaan model R&R. Disamping itu juga pembelajaran yang dilaksanakan bersifat berbilang deria. Guru cuba menggabungkan aktiviti visual, auditori (menggunakan persembahan power point) dan kinestatik (penggunaan model R&R) secara berkesan. Keberkesanan inovasi P&P yang dicadangkan akan diukur melalui ujian pencapaian dan persepsi pelajar. Adalah diharapkan dengan menggunakan model R&R dan persembahan power point dapat membantu pelajar lebih menguasai isi kandungan subtopik Leraian dan Paduan Daya.

Pembinaan BBM ini telah dirancang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bahan dalam persembahan power point telah dirancang berdasarkan isi kandungan dalam sukatan pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dengan menggunakan kekuatan persembahan power point ke arah mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan-bahan untuk pembinaan Model R&R, diperolehi dari kedai permainan kanak-kanak. Guru cuba menerapkan konsep ‘fun in physics’. Alat-alat permainan akan menggantikan radas-radas Fizik yang biasa seperti bongkah kayu dan troli.


Faedah /Impak kepada pelajar/guru/pengguna

i. Menyediakan alternatif BBM di dalam pengajaran subtopik Leraian dan Paduan Daya.
ii. Menyediakan BBM pada kos yang rendah dan mudah diperolehi.
iii. Menyediakan BBM yang menarik, seronok dan efektif.
iv. Menggunakan pelbagai deria yang melibatkan aktiviti visual, auditori dan kinestatik
v. Memahami konsep-konsep Fizik yang abstrak secara konkrit.
vi. Meningkatkan kemahiran mengingat konsep leraian dan paduan daya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...