SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Wednesday, May 26, 2010

Majlis Ramah Mesra Menteri Pelajaran 2010



pada 26 Mei yang lepas, Selasa, telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yasin dengan warga pendidik seluruh daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh. Majlis ini diadakan sempena dengan sambutan hari guru pada tahun ini bagi Muar dan Ledang.




Majlis bermula pada jam 2.45 petang dengan ketibaan TPM merangkap Menteri Pelajaran disambut oleh Tuan Pengarah JPNJ Tuan Hj Sufaat, Tuan PPD Muar Tuan Hj Ramli dan seluruh warga pendidik.Nyanyian lagu negeri Johor, Negaraku, Guru Malaysia berkumandang megah dalam dewan yang boleh menempatkan hampir 1200 orang.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan Tuan PPD Muar.


Diserikan juga dengan tarian dari pelbagai bangsa dan diakhiri dengan tarian zapin dari para pelajar sekolah rendah..


Selepas ucapan PPD, satu kejutan untuk TPM iaitu sambutan hari lahir beliau yang sepatutnya pada 15 Mei yang lepas.Para hadirin menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk beliau.


Ucapan dari TPM diteruskan di mana beliau menekankan tentang profesion perguruan masakini dan juga memahami dengan bebanan kerja yang dipikul oleh guru. Beliau juga menyebut tentang keberkesanan guru-guru dalam mendidik anak-anak murid dan guru akan dianugerahkan dengan hadiah-hadiah dari KPM sekiranya menunjukkan keputusan yang baik dan cemerlang dalan peperiksaan awam.


Aturcara akhir pada majlis ini ialah penyampaian anugerah tokoh guru daerah Muar Ledang iaitu Tn Hj Jamian bin Jaffar telah dipilih sebagai tokoh guru daerah muar 2010.



Inilah di antara sebahagian warga pendidik Muar dan Ledang pada majlis tersebut. Majlis tamat dengan jamuan pada jam 4.20 petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...