SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Thursday, July 22, 2010

Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang (PPPS) Gred DG52 Ke Gred DG54, Gred DG48 Ke Gred DG52, Gred DG44 Ke Gred DG48 Dan PPPS Gred DG41 Ke DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Sektor Jabatan Pelajaran Johor;
Semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor,.
Tuan/Puan,
Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG52 Ke Gred DG54, Gred DG48 Ke Gred DG52, Gred DG44 Ke Gred DG48 Dan PPPS Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang dari Gred DG52 Ke Gred DG54, Gred DG48 Ke Gred DG52, Gred DG44 Ke Gred DG48, Gred DG41 Ke Gred DG44.
2.             Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana surat edaran jabatan ini bil :
  
3.             Semua permohonan hendaklah dikumpulkan Sektor / Pejabat Pelajaran Daerah dan hendaklah dikemukan ke Unit Naik Pangkat jabatan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak tuan juga di pertanggungjawabkan untuk memastikan tiada kes-kes yang tertinggal, kesilapan fakta dan kelewatan dalam mengemukakan perakuan kenaikan pangkat pegawai yang terlibat.
4.             Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada Unit Naik Pangkat jabatan ini atau kepada pegawai seperti dibawah ini:
                4.1        Encik Abd Rahman Bin Abd Rahim : 07-2332301      
                4.2        Puan Hjh Komsaton Bte Hj Siraj      : 07-2332204
                4.3        Encik Mohd Nizam Bin Zainal           : 07-2332201
Tarikh Tutup : Pada atau sebelum 16 Ogos 2010 (Isnin , Jam 5.00 petang)
Borang dan maklumat boleh layari pautan yang disediakan.(JPNJ)

Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan Jun 2010

Pengumuman kepada semua warga pendidikan, dimaklumkan bahawa keputusan PTK telah dikeluarkan pagi ini. sesiapa yang berminat untuk mengetahui keputusannya boleh berbuat demikian dengan menghantar sistem pesanan ringkas dengan menaip:-

 PTK(SPACE)RESULT(SPACE)NOMBOR KAD PENGENALAN hantar ke 15888.
Contohnya: PTK RESULT 651211036776

Untuk melihat PTK terbaik keseluruhan pula, taipkan : 

PTK(SPACE)BAIK(SPACE)NOMBOR KAD PENGENALAN hantar ke 15888.
Contohnya: PTK BAIK 651211036776

Tahniah kepada yang berjaya mendapat Aras IV dan III. Aras II dan I cuba lagi lah.

Saturday, July 17, 2010

BENGKEL MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN FIZIK DAERAH MUAR 2010


TARIKH: 10 – 11 MAC 2010
TEMPAT:  PKG PARIT SETONGKAT, MUAR
ANJURAN BERSAMA:  PANITIA FIZIK DAERAH MUAR DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

MATLAMAT BENGKEL:
               
Meningkatkan kualiti pengajaran guru – guru di kelas untuk memperolehi “output” dan “outcome” yang lebih baik.

OBJEKTIF:

1.       Membantu guru dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas supaya murid – murid dapat menguasai setiap konsep Fizik yang diajar dan melakukan eksperimen berdasarkan  stimulus yang diberi.
2.       Membantu pelajar untuk menguasai penguasaan konsep Kertas 2 (Bahagian B dan C) dan juga Kertas 3 (Bahagian B)

HASILAN BENGKEL:

Diakhir bengkel ini,
1.       Setiap kumpulan telah berjaya menghasilkan dua set modul bergambar dan dua set stimulus bergambar dalam bentuk ‘hard copy’ dan juga ‘soft copy’.
2.       Setiap peserta telah dibekalkan sekeping CD yang mengandungi hasil bengkel untuk digunakan di sekolah masing – masing.

Monday, July 12, 2010

Pegawai terkini di Unit Pendidikan Islam PPD Muar

Berikut ialah makluman tentang pegawai terkini Unit Pendidikan Islam PPD Daerah Muar :

1. USTAZ FAZRUL AZMAN BIN HJ KHAIRUDIN
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Pendidikan Islam

2. USTAZ ZAKARIA BIN MUHAMAD
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
j-QAF

3. USTAZ HUSSIN BIN YUSUF
Penyelia Kanan
Unit Pendidikan Islam

Selamat Bertugas dari Majlis Guru Cemerlang Muar terutama dari GC Pendidikan Islam

Monday, July 5, 2010

Permohonan Guru Cemerlang Julai 2010

Urusan pemangkuan Guru Cemerlang (GC) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA32, DGA38,DG44 dan Gred Khas C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tahun 2010 di Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua guru yang berkelayakan boleh memohon dengan memuat turun borang dari laman web Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Julai 2010. Semua surat siaran dan lampiran syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun dari blog ini dan juga laman web JNJK.

Friday, July 2, 2010

Persidangan MGC Negeri Johor 2010


Pada 1-2 Julai 2010 telah berlangsungnya Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor yang di adakan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Majlis Guru Cemerlang Muar telah menghantar wakil seramai 10 orang yang terdiri daripada:

1.En. Yap Poh Lai - SM Sains Muar
2.Pn. Noraini Binti Ismail - SMK(P)Sultan Abu Bakar, Muar

3.Pn Hjh Norhuda Binti Abdullah - SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar
4.Tn.Hj.Hassni Bin Hussin - SMK Tengku Mahkota,Muar
5.En. Mohd.Salleh Bin Mahmood - SMK Tun Perak,Muar
6.Pn. Rosyati Bt Surani - SMKA Maahad,Muar
7.Pn. Ropiah Bt Mohamed - SMK Bukit Gambir, Muar
8.Pn. Siti Fazira Bt Ahmad - SK. Parit No.5,Muar,Johor
9.En. Shah Rizal Bin Mohd Akip@M.Sarip - SK Orang Kaya Ali,Muar
10.En. Yacob Bin Jamian - SK Seri Jong,Muar

Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada persidangan tersebut


Di antara tetamu jemputan ialah GC En Azizul Rahman....


Ini pula ialah Guru Cemerlang dari Majlis Guru Cemerlang Muar...wah cantik bergaya depan kamera...



Persidangan dan pembentangan sedang berlangsung dan semua GC sedang memberikan sepenuh perhatian kepada pembentangan dan aturcara.

Aturcara persidangan adalah seperti berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...