SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Saturday, January 29, 2011

Blog Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor

Salam,

Buat rakan-rakan Guru Cemerlang Negeri Johor, diharap dapat merujuk blog Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan JNJK. Pautan berikut boleh dirujuk :

http://jnjkjohor.blogspot.com/

Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat MGC Muar Kali kedua Sesi 2011/2013

pada 21 januari 2011 hari Jumaat jam2.30-5.00 petang telah berlangsungnya mesyuarat kedua MGC Muar yang dipengerusikan oleh YDP Tuan Haji Hassny bin Hussin dan dihadiri oleh seramai 18 ahli jawatankuasa.  

Pada mesyuarat kali ini membincangkan program yang telah dirancangkan untuk 2011 dan juga kursus profesionalisme ahli MGC Muar yang akan diadakan pada akhir bulan Februari. Setelah bermesyuarat dan akhirnya AJK bersetuju untuk mengadakan satu lagi mesyuarat unit-unit dalam MGC Muar dan seterusnya perlaksanaan agenda untuk kursus profesionalisme MGC Muar dan mesyuarat ini akan diadakan pada 10 Februari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Muar pada jam 2 petang. Surat akan dihantar kepada AJK Unit yang berkenaan melalui sekolah masing-masing.

Tuesday, January 18, 2011

PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)


1.0 PENGENALAN
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Thursday, January 13, 2011

PIAWAIAN LATIHAN AKADEMIK NEGERI JOHOR

Plan-J ialah Garis Panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum  mengikut potensi mereka.

MATLAMAT PLAN-J
Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran
Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaiman penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah
 Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing

BOLEH MUAT TURUN PLAN-J SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DI PAUTAN.
 

Sunday, January 2, 2011

Selamat Menempuh Alam Persekolahan 2011

Di kesempatan ini Majlis Guru Cemerlang Muar ingin mengucapkan selamat menempuh alam persekolahan bagi semua pelajar yang baru memulakannya dan selamat kembali ke sekolah bagi semua pelajar lama dan semua guru-guru khususnya di daerah Muar dan umumnya di seluruh Malaysia. Semoga dengan kehadiran tahun 2011 ini akan memantapkan lagi usaha semua guru dalam mendidik anak-anak murid di seluruh Malaysia dan menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk Majlis Guru Cemerlang bagi semua daerah di negeri Johor dan seluruh negeri di Malaysia pula......KECEMERLANGAN BERTERUSAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...