SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Tuesday, October 25, 2011

Buletin MGC Johor edisi pertama

Buletin MGC Johor edisi pertama ini telah dibawa ke Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2011 di IAB Utara  21 - 24 Okt  lalu. Buletin ini telah diedarkan kepada para pengunjung yang mengunjungi Gerai Pameran Johor. Buletin ini telah diterbitkan oleh JK Penerbitan dan Dokumentasi MGC Muar yang ditunjangi oleh Pn Misnah bte Juki.

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG 2011

Buku Program Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Tahun 2011
Delegasi Johor seramai 26 peserta.  Bergambar kenangan bersama YB Dato' Seri Dr Hilmi bin Hj Yahya ( Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan Malaysia). Daerah Muar diwakili oleh pengerusi MGC Muar, Tn Hj Hassni bin Hussin.
Jadual Persidangan selama 4 hari 3 malam. Negeri Johor berasa bangga kerana tiga orang rakyatnya menjadi pembentang dalam persidangan kebangsaan kali ini iaitu Tn Hj Sufaat bin Tumin (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) , Tn Hj Zakaria bin Yusof (Ketua Nazir Negeri Johor) dan En Azizul Rahman bin Abd Rahman (Mantan GC Gred Khas C)

Sunday, October 2, 2011

Penilaian Menengah Rendah 2011

Majlis Guru Cemerlang Muar mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon PMR daerah Muar khususnya, calon negeri Johor dan seluruh Malaysia umumnya yang akan bermula pada 4 Oktober. Diharapkan para pelajar telah pun bersedia setelah hampir 3 tahun menimba ilmu di sekolah menengah daripada tingkatan satu sehinggalah ke saat peperiksaan yang akan bermula. Semoga kejayaan menjadi milik anda...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...