SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Saturday, February 26, 2011

Kursus Profesionalisme Guru-guru Cemerlang Daerah Muar dan Ledang 2011

Majlis Guru Cemerlang Muar/Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menganjurkan satu kursus profesionalisme guru cemerlang.
Tarikh : 24 Februari 2011
Hari ; Khamis
Tempat: Pusat Giat Mara Ledang, Tanjung Agas.
Perasmian Penutup oleh : Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus (Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar)
Penceramah 1: Pn Norliah bt Mohd Amin (Nazir sekolah JNJK-Tajuk: Peranan dan Tanggungjawab GC)
Penceramah 2: Tn Hj Abd Rahman bin Abd Rahim  (Mantan Ketua Unit Naik Pangkat JPNJ-Tajuk: Kerjaya dan peluang kenaikan pangkat)

Penceramah 3 : Pn Hjh Zaharah bt Abd Kadir (GC DG 44 Matematik-Tajuk: Kajian Tindakan
Majlis tamat jam 4.30 petang.

Wednesday, February 23, 2011

Pemangkin Lonjak Prestasi

PENGUMUMAN pemberian insentif kepada guru besar dan guru cemerlang yang mencapai sasaran kecemerlangan ditetapkan Kementerian Pelajaran dianggap hadiah kepada golongan itu.
Ia mampu menyuntik pembaharuan kepada dunia pendidikan negara.

Bagaimanapun, pemberian itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru yang turut menggembleng usaha namun tidak terpilih.
Ini menyebabkan timbul tanggapan bahawa pemilihan oleh Jemaah Nazir yang berdasarkan prestasi memimpin sekolah, tidak telus.

Walaupun insentif itu berniat baik, timbulnya konflik hingga mencetuskan kekecewaan di kalangan segelintir guru yang boleh menjejaskan kredibiliti serta integriti mereka. Jika tidak ditangani, sekolah dan pelajar mungkin menjadi mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...