SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Wednesday, September 28, 2011

Sumbangan GC Muar dalam Kursus Pemantapan Pedagogi Negeri Johor

Pada 26 - 28 September 2011 yang lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P&P) bagi daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulaijaya bertempat di Hotel River View Muar. Seramai 68 guru Matematik tingkatan 4 telah menghadirkan diri.

Tujuan kursus adalah untuk mempersiapkan diri semua guru Matematik tingkatan 4 dengan perubahan P&P Matematik tingkatan 4 yang akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu mulai tahun 2012. Selain itu peserta juga dilatih untuk menulis Rancangan Pelajaran Harian yang mengandungi elemen-eleman kreativiti dengan menggunakan Model Kreativiti Terarah yang digabungkan dengan 5 kaedah pedagogi.

Kursus dikendalikan oleh 6 orang Jurulatih Utama Negeri Johor dimana dua daripadanya adalah GC Muar. Mereka adalah Tn Hj Hassni bin Hussin dan Pn Hjh Zahrah bt Abd Kadir.

Sepanjang perbengkelan dalam kursus ini, sebanyak 20 modul Model Kreativiti Terarah mencakupi pelbagai tajuk dalam sukatan Matematik tingkatan 4 telah dihasilkan oleh para peserta. Semua modul yang telah dihasilkan boleh di muat turun di bahagian kanan paparan blog ini. Maka semua peserta kursus dikehendaki memuat turun semua modul yang dipaparkan dan mohon disebar luaskan kepada rakan guru matematik di sekolah masing-masing.

Para peserta berbincang menghasilkan modul
Tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh JU
Penyampaian sijil oleh pegawai pengelola cemerlang JPNJ En Abu Samah Zainal Abidin
Barisan para JU Utama bersama pegawai JPNJ dengan peserta daerah Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...