SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Friday, May 21, 2010

Tahniah GC Pendidikan Islam Muar


Tahniah diucapkan kepada pasukan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Muar yang telah mewakili daerah dan seterusnya mendapat tempat pertama dalam Pembentangan Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang dijalankan pada 20 Mei 2010 Khamis di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Batu Anam, Segamat. Pertandingan ini diadakan mengikut zon dan Muar, Segamat dan Batu Pahat berada dalam Zon 1. Semua GC Pendidikan Islam Menengah dan Rendah Muar terlibat dalam pembikinan dan persediaan kajian tindakan ini dan mereka telah mengadakan pertemuan sebanyak 4 kali bagi memastikan kajian tindakan yang akan dihantar menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh pihak penganjur.
Kategori Pendidikan Islam Menengah
1. Ustaz Saiful Nizam (Penyelidik dan Pembentang)
Tajuk : Membezakan Rukun haji dan wajib haji dengan menggunakan Kod Jari Ringkas (KJR)
Kategori Pendidikan Islam Rendah
1. Ustaz Abd Ghani (Penyelidik dan Pembentang)
Tajuk : Gurindam jawi (GURAWI)
Kategori Bahasa Arab Rendah
1. Ustaz Iskandar (Penyelidik dan Pembentang)
Tajuk : Tajul Ariffin
Kategori Bahasa Arab Menengah
Tiada wakil.
Kredit harus juga diberikan kepada rakan-rakan GC Pendidikan Islam yang lain yang turut sama membantu penyelidik-penyelidik dalam pemurniaan kajian tindakan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka semoga dapat diteruskan lagi dan menaikkan nama Majlis Guru Cemerlang Muar ke puncak jaya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...