Pada 5 September yang lepas telah berlangsungnya satu majlis yang dihadiri dan dimeriahkan serta disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia iaitu sesi Taklimat Model Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Di Bawah Projek SchoolNet. Persediaan yang dilakukan hampir 1 bulan melibatkan pihak sekolah, pihak GITN, TM, PDRM dan sebagainya.
Pada hari tersebut, jam 11.30 pagi TPM hadir bersama pegawai-pegawai iringan daripada KPM dan JPNJ dan terus diberikan taklimat model tersebut. Seterusnya ditaklimatkan dan ditunjukkan model p&p yang menggunakan 'live video conferencing' melibatkan 2,3 sekolah luar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir, Muar. dan akhirnya ialah jamuan makan tengahari untuk semua tetamu jemputan.
Majlis berakhir pada jam 2 petang dan bersurai......Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan sesi taklimat ini.
No comments:
Post a Comment