URUSAN PEMANGKUAN GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus
Muat Turun Borang GC 2011
3. Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
3.1 Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya
pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
3.2 Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian
Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah
Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
3.3 Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya
pada Khamis, 26 Mei 2011.
4. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan dalam melancarkan urusan pemangkuan ini adalah amat dihargai.
BORANG2 PERMOHONAN BOLEH DIDOWNLOAD DI PORTAL JABATAN PELAJARAN JOHOR MULAI 8 APRIL 2011
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment