Terima kasih
kepada pihak kerajaan kerana memendekkan tempoh bagi semua guru untuk
menikmati gred 44 dan 48. Kebanyakkan guru tersenyum lebar ketika
menerima pekeliling apabila diminta mengisi borang kenaikan pangkat bagi
yang layak.
Bagaimanapun berlainan pula dengan nasib guru cemerlang. Mereka ini
mempersiapkan diri bagi mendapatkan gred 44 mahupun 48 secara laluan
pintas. Bagi memperoleh gred 44, pada tahun ke-8 baru layak
memohon,apabila permohonan mereka dipantau oleh pihak nazir dengan
kriteria amat rumit, kemudian memakan masa lebih setahun untuk
pengesahan jawatan.
Namun apabila bajet diumumkan, seolah-olah tiada nilai guru cemerlang
DG44, sebaliknya tugas mereka lebih terbeban disebabkan memegang jawatan
guru cemerlang. Jawatan yang dipegang itu bukan sekadar jawatan glamor,
sebaliknya perlu dicontohi dari segi tugas, sikap, kaedah pengajaran
serta mencari kreativiti dalam perkhidmatan baik di dalam kelas mahupun
aktiviti kokurikulum, berbeza dengan guru biasa yang hanya cukup
menjalankan kerja rutin tetap mendapat kenaikan pangkat sama dengan guru
cemerlang.
Sepatutnya guru cemerlang diberi kelebihan sebagai contoh elaun
kepakaran harus diwujudkan sama ada 10 peratus atau 15 peratus daripada
gaji pokok. Anugerah perkhidmatan cemerlang yang dinilai berdasarkan
laporan prestasi tahunan (LNPT) hanya diperoleh mengikut giliran.
Apabila nasib kami, untuk mendapatkan jawatan guru cemerlang,
sekurang-kurangnya tiga tahun persediaan dokumentasi. Lebih baik
hapuskan saja jawatan guru cemerlang.
sangat setuju.ada sesetengah pengetua menyatakan jawatan guru cemerlang hanya ata nama sahaja dan tiada tugas khas..
ReplyDelete