![]() |
MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA www.mgcm.edu.my
d/a
YDP MGCM Hj.Rodzli Hashim ,SMK Dato’ Syed Omar,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,05350 Alor Star,
Kedah Darul Aman
Tel:
04 732 1607 / Faks: 04 730 9690 / HP: 012 475 8442
|
MGCNK:
YDP / 12 / 2012
Tarikh
: 23 JANUARI 2012
Yang
Berbahagia,
Dato’
Sri Abd.Ghafar Bin Mahmud
Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia,
Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Aras
8 Blok E8, Kompleks E,
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624
Putrajaya.
Yang
Berbahagia Dato’ Sri ,
PENDAPAT
MGCM BERKAITAN DENGAN PERJAWATAN GURU CEMERLANG DALAM SKIM BARU PERKHIDMATAN
AWAM 2012.
Dengan
segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, bahawa Majlis Guru
Cemerlang Malaysia berpendapat, untuk merealisasikan hasrat menjadikan
profesion perguruan di Malaysia bertaraf dunia, perlu diwujudkan satu kumpulan guru dengan jawatan yang khusus serta dipilih
melalui satu sistem penilaian yang
diiktiraf.
3. Selaras dengan jawatan Guru Cemerlang yang
ada sebelum ini ( dalam SSM) serta kaedah kenaikan pangkat/gred melalui SME (
Subject Matter Expert ) dan laluan “secara istimewa” ( dalam SBPA ),
kumpulan guru yang cemerlang ini boleh dikelompokkan untuk tujuan tersebut.
4. Guru Cemerlang Gred Khas C dalam skim sekarang
boleh dikelompokkan dalam kumpulan ini yang kini di namakan Pendeta
Guru. Kumpulan Pendeta Guru ini telah mempunyai pengalaman serta
kepakaran yang tinggi dalam mata pelajarannya. Mereka menjadi Guru Cemerlang
sejak tahun 1995 dan telah melalui proses pemilihan serta penilaian yang mantap
semasa dilantik dahulu.
5. Namun, MGCM berpendapat nama jawatan Pendeta
Guru tersebut lebih sesuai dinamakan “GURU
PAKAR ( + nama mata pelajaran. Contoh: Guru Pakar Matematik ), kerana ia
menggambarkan seseorang guru yang istimewa, mempunyai kepakaran ( expert )
serta sesuai dengan sifat “kepakaran guru dalam mata pelajaran tersebut “.Perkataan
“pakar” juga menunjukkan suatu “jawatan”. “Pendeta” lebih bermaksud sifat yang
“berilmu tinggi” dan tidak menggambarkan
“jawatan”. “Pakar” ini adalah dalam konteks pendidikan, tidak merujuk
kepada pakar dalam bidang lain yang diberi “elaun” tertentu kerana
kepakarannya.
6. Dalam gred-gred DG1-6,DG1-5 dan DG1-4 ( DG44-54 ), mereka boleh dinaikkan ke pangkat
kumpulan Guru Pakar ini berdasarkan
kepada ciri SME dan laluan secara istimewa dalam SBPA.
GRED
ASAL
|
SME /
laluan istimewa
|
Naik
ke gred/jawatan Guru Pakar
|
DG44
|
Dinilai melalui
|
Gred DG1-4
|
DG48
|
SME atau laluan
|
Gred DG1-5
|
DG52
|
istimewa
|
Gred DG1-6
|
DG54
|
|
Gred Khas C
|
7. Di peringkat sekolah rendah guru-guru dalam gred DG 2-2 dan DG 2-4 (DGA 32 dan
34) , mereka boleh dinaikkan ke pangkat kumpulan Guru Pakar dalam Gred DG 2-5 (dahulunya DGA38) ini berdasarkan
kepada ciri SME dan laluan secara istimewa dalam SBPA.
GRED ASAL
|
SME /
laluan istimewa
|
Naik
ke gred/jawatan Guru Pakar
|
DGA 32
|
Dinilai melalui
|
Gred DG 2-5
|
DGA 34
|
SME atau laluan istimewa
|
Gred DG 2-5
|
8. Rumusannya, jawatan Guru Pakar ( yang
dicadangkan ini ), akan mempunyai guru-guru dari Gred Khas C, DG1-4 ,DG 1-5 ,DG
1-6 dan DG 2-5.
9. Dengan ini, sistem pendidikan negara
Malaysia akan mempunyai sekumpulan guru, iaitu GURU PAKAR, yang diiktiraf
kepakaran dan kecemerlangannya yang boleh ditonjolkan sebagai bertaraf dunia.
Dengan ini juga, baharulah boleh dijenamakan satu organisasi Majlis Guru Pakar Malaysia ( MGPM )
bagi menggantikan Majlis Guru Cemerlang
Malaysia.
10. MGCM juga
mencadangkan supaya, Guru Cemerlang yang berpotensi dan berminat, dilantik ke
jawatan Pengetua atau pentadbiran mana-mana organisasi yang sesuai di
Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Negeri. Ini adalah selaras dengan
konsep “kemajuan kerjaya” dalam SBPA melalui pemindahan kerjaya seseorang
pegawai ke bahagian lain.
11. MGCM mengucapkan ribuan terima kasih di
atas perhatian Yang Berbahagia Dato’ Sri sebagai Penaung MGCM , terhadap
pelbagai aspek kerjaya Guru Cemerlang.
Sekian,
terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
“KECEMERLANGAN
BERTERUSAN”
Saya
yang menurut perintah,

(
Hj.RODZLI HASHIM)
YANG DIPERTUA MGCM
No comments:
Post a Comment