SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Friday, May 11, 2012

Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru Cemerlang Muar dan Ledang 2012

Pada 10 Mei 2012 (Khamis) yang lepas bertempat di Dewan Theatrette 1 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Mukim Serom 4 & 5 Ledang, Majlis Guru Cemerlang Muar dan Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menjalankan kursus pemantapan profesionalisme untuk semua guru cemerlang sekolah rendah dan menengah bagi daerah Muar dan Ledang. Seramai 110 orang guru cemerlang telah hadir dalam kursus ini. Aturcara kursus dimulai dengan pendaftaran peserta pada jam 7.30 pagi dan taklimat kursus oleh  Tn Hj Hassni bin Hussin selaku pengerusi majlis dan pengerusi MGC Muar dan Ledang
Slot pertama bermula pada jam 8.30 - 10.30 pagi dengan ceramah 'Guru Penyayang Murid Cemerlang' yang disampaikan oleh En Zulkiffli bin Ismail, Pengetua Cemerlang DG54 SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar. Slot yang sungguh bermaklumat, berpengetahuan dan membuka minda setiap GC dan diselitkan dengan aktiviti permaian "kertas kosong".
Slot kedua bermula selepas rehat pada jam 11.00 pagi - 1.00 tengahari dengan ceramah yang disampaikan oleh Pn Haslinah bt Johar, Nazir Sekolah daripada Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tajuk "Peranan GC dalam meningkatkan kualiti P&P dengan menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)". Beliau mendedahkan perkara-perkara yang perlu ada pada setiap GC apabila dipantau oleh Nazir Sekolah nanti. Beliau juga mengupas secara mendalam tentang Elemen 4 di dalam SKPM. Penyampaian beliau yang begitu mantap dan diselang selikan dengan unsur-unsur humor menyebabkan peserta GC tidak kering gusi dibuatnya dan tidak berganjak dari tempat duduk dari mula slot sehingga tamat. Pn Haslinah juga mempelawa semua GC untuk mengisi borang kenaikan gred bagi semua gred kategori di sekolah menengah dan di sekolah rendah. Iklan bagi kenaikan gred dibuka pada 30 April 2012 dan ditutup pada 25 April 2012. Borang permohon boleh di download di portal Kementerian Pelajaran Malaysia pada bahagian pemberitahuan bertarikh 30 April 2012. Bahan kursus Pn Haslinah bte Johar boleh di download pada bahagian kanan paparan ini di bahagian bawah Lagu Guru Cemerlang
Di sebelah tengahari majlis berhenti rehat dengan menikmati hidangan makanan tengahari di kafeteria KKTM dan solat Zuhur di surau KKTM.
Slot petang bermula jam 2.30 petang dengan Majlis Jasamu Dikenang iaitu meraikan persaraan 3 orang guru cemerlang  iaitu
1- Pn Hjh Mazidah bt Kenang (SK Parit Jawa)
2- Pn Hjh Hasmah bt Hashim (SMK Tun Mamar Ledang)
3- Tn Hj Md Abd Aziz bin Md Yatim (SMK Tun Mamat)
Dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGC Muar dan Ledang dan seterusnya disiarkan montaj multimedia berkaiatan persaraan mereka bertiga yang telah disediakan oleh Unit Multimedia MGC Muar dan Ledang. Dan akhir sekali ialah penutupan rasmi kursus pada hari tersebut oleh Tn Hj Lokman bin Simon, Penolong PPD Bahasa Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Kursus tamat pada jam 5.00 petang

 Sebahagian daripada guru-guru cemerlang yang hadir ke kursus ini.
Sebahagian guru-guru cemerlang lagi dari kalangan guru wanita.
Guru-guru cemerlang lelaki ........

3 comments:

  1. Bahan daripada ceramah Pn Haslinah bt Johar (nazir sekolah) bila nak di upload tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan tersebut telah dimuatnaik ke blog ini terlebih dahulu sebelum berita kursus dimasukkan...perhatikan di sidebar kanan blog....tq.

      Delete
    2. Bahan tu ada di bawah lagu Guru Cemerlang....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...