SELAMAT MELAYARI BLOG MGC MUAR

Thursday, May 26, 2011

Gambar-Gambar Persidangan MGC Johor 24 - 26 Mei 2011

Persidangan MGC di Desaru Damai Beach Resort Kota Tinggi Johor telah berlangsung dengan jayanya. Banyak input-input berguna telah dapat diperolehi sepanjang persidangan ini. Bahan-bahan kursus akan dinaikkan di  blog MGC Johor dalam waktu terdekat. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta kontijen daerah Muar yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang persidangan. Kita berjumpa lagi di Persidangan MGC Johor 2012 di Pontian nanti.
Lobi Desaru Damai Beach Resort

Ruang lobi

Ruang pameran


 
Tengku Azuan Mohamed , Penasihat Sekolah Amanah
Mr David Mc Lean Hewitt, Johor Cluster Manager

 Peserta persidangan

Tn Hj Ramli A Samat, Ketua Sektor Akademik JPNJ
En Mohd Nor A Ghani , Pengarah Pelajaran Johor
Tn Hj Hassan Topit, Pengetua Cemerlang SM Sains Kota Tinggi
Pn Norizah (Pengerusi MGCJ), YB Dr Adham Baba (Pengerusi UniKL),En Md Buang Saibani  (PPD Kota), Tn Hj Md Zakaria Yusof (Ketua Nazir Negeri Johor). En Norazrin Amir Hamzah (Pegawai JNJK)
En Azizul Rahman Abd Rahman turut diundang dalam persidangan
Kudapan

GC Muar Menyerlah Dalam Sambutan Hari Guru 2011 Daerah Muar dan Ledang

Syabas diucapkan kepada 3 orang GC Muar yang telah dinobatkan sebagai Guru Inovasi Daerah Muar dan Ledang Tahun 2010 dan 2011 dalam Sambutan Hari Guru 2011 yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak pada 23 Mei yang lalu.

Ketiga-tiga GC tersebut ialah:
1.  En Ooi Yong Seang - Kategori Individu Sek Men (2011) - BBM - Tajuk Inovasi : Chemistry PK - Games
2.  Pn Nor Liya Binti Ismail - Kategori Individu Sek Men (2010) - BBM - Tajuk Inovasin : Forces R&R Model
3.  En Pavethern A/L Govindan - Kategori Individu Sek Rend (2010) - BBM - Tajuk Inovasi : Magic Sentence

Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan kepada GC-GC yang lain untuk menghasilkan inovasi ciptaan masing-masing yang bermutu  pada tahun ini dan tahun akan datang.

Sehubungan dengan ini kepada GC yang masih belum menghantar inovasi ciptaan mereka walaupun tarikh tutup telah berakhir pada 20 Mei 2011 yang lalu, namun tuan/puan masih perlu menghantarnya walaupun sudah terlewat kepada Tn Hj Mohd Sahabudin bin Jazuli, Penolong PPD Matematik dan Sains, Pejabat Pelajaran Daerah Muar dengan kadar segera.

Thursday, May 19, 2011

Persidangan MGC Johor 2011

Pada 24 -26 Mei 2011 akan diadakan Persidangan MGC Johor bertempat di Damai Hotel Resort Desaru Kota Tinggi Johor. Setiap daerah dikehendaki menghantar seramai 10 GC bagi mewakili delegasi daerah masing-masing. Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat MGC Muar bil 4/2011, berikut adalah peserta dari MGC Muar.
1.  Hj Hassni bin Hussin  -  SMK Tengku Mahkota
2.  Hj Hamdan bin Rahmat  -  SMK Parit Bunga
3.  Hj Zakaria bin Abd Samad  -  SK Parit Bunga
4.  Hjh Asmah bt Othman  -  SMK(P) SAB
5.  Hjh Rosyati bt Surani  -  SMKA Maahad
6.  Hjh Suriati bt Yusof  -  SMK Convent
7.  En A Rahim bin Satibi  -  SMK Sultan Alauddin Ri'ayat Shah 1
8.  Pn Azian bt Omar  -  SMK Parit Bunga
9.  En Shahruddin bin Md Shah  -  SMK Tun Dr Ismail
10. Pn Nurlina bt Mohamad Anuar  -  SMK Tun Dr Ismail

Surat panggilan ke persidangan ini akan difaxkan oleh JPNJ ke sekolah peserta pada hari Jumaat 20 Mei 2011 jam 4.00 ptg. Sila berhubung dengan pejabat sekolah. Setiap peserta dikehendaki membayar RM250 seorang dan pengangkutan adalah tanggungan sendiri.. Check in pada jam 12.30 tgh - 2.30 ptg pada 24 Mei 2011. Diharap semua peserta dapat mempersiapkan diri.
JADUAL PERSIDANGAN GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR 2011

TARIKH / MASA
8.00 - 10.00 PAGI
10.00 - 10.30 PAGI
10.30 - 12.30 TENGAHARI
12.30 - 2.30 PETANG
2.30 - 4.30 PETANG
4.30 - 8.30 MALAM
8.30 - 10.30 MALAM
24.05.2011
(SELASA)
PERJALANAN
KE
LOKASI
PERSIDANGAN
PENDAFTARAN
SLOT 1 :
UCAPTAMA
TUAN
PENGARAH
PELAJARAN
REHAT
SLOT 2 :
PERKONGSIAN ILMU DENGAN PENGETUA CEMERLANG
25.05.2011
(RABU)
SLOT 3 :
PROGRAM
KECEMERLANGAN
AKADEMIK
JPNJ;
PERANAN GC
REHAT
SLOT 4 :
PEMBENTANGAN
KAJIAN
TINDAKAN
REHAT
SLOT 5 :
BICARA ILMU
MGC
JOHOR
REHAT
SLOT 6 :
PERKONGSIAN ILMU DENGAN
KETUA NAZIR
NEGERI JOHOR
26.05.2011
(KHAMIS)
SLOT 7 :
BICARA ILMIAH
BERSAMA
YB DATUK DR.ADHAM BIN BABA
REHAT
SLOT 8 :
MAJLIS
PENUTUPAN
PERSIDANGAN OLEH
YB DATUK DR. ADHAM BIN BABA
PERJALANAN
PULANG



PAKAIAN :             SLOT 1, 3, 4, 5 : PAKAIAN KERJA RASMI (BLAZER HITAM)
                                SLOT 2, 6, 7, 8 : PAKAIAN BATIK

Wednesday, May 18, 2011

Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor


Kepada semua Guru Cemerlang Negeri Sila lengkapkan Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor dan hantarkan kepada Pengerusi MGC Daerah masing-masing dengan kadar segera.

Untuk GC Daerah Muar dan Ledang, sila hantar borang yang telah dilengkapkan kepada Pengerusi MGC Muar/Ledang iaitu Tn Hj Hassni bin Hussin, SMK Tengku Mahkota Muar pada atau sebelum 23 Mei 2011. Semua borang data ini akan diserahkan kepada setiausaha MGC Negeri pada 24 Mei 2011.  Kegagalan tuan/puan menghantar borang ini pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan kelewatan segala urusan berkaitan perjawatan tuan/puan di masa akan datang.

* semua maklumat hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer.
* borang ini boleh didapati di laman blog http://mgcjohor2010.blogspot.com/

Sila muat turun borang tersebut dipautan ini.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar GURU di seluruh pelusuk tanahair di Malaysia ini terutama semua Guru Cemerlang Daerah Muar, Johor semoga kecemerlangan yang dimiliki akan berterusan insyaallah....
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Friday, April 29, 2011

Satu GC Satu Inovasi Bersempena Dengan Anugerah Inovasi P&P Negeri Johor 2011

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR 2011
 
Pada 28 April 2011 (Khamis) yang lalu satu mesyuarat mengenai Anugerah Inovasi  Pembelajaran dan Pengajaran  Negeri Johor telah diadakan di SMK Seri Lalang Kluang yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNJ bersama dengan Ketua Unit  Akademik PPD Johor dan semua pengerusi daerah Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor.

Dalam  mesyuarat tersebut semua hadirin telah diberikan taklimat mengenai Anugerah Inovasi   yang berfokuskan kepada inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran . Dalam mesyuarat tersebut juga memutuskan semua GC dikehendaki menghantar 1 inovasi P&P ciptaan mereka. GC boleh memilih inovasi samada yang berbentuk :

1) Amalan P&P   atau     2) Amalan P&P berbantu ICT    atau    3) Produk P&P spt ABM, BBM, Modul

Semua inovasi disimpan dalam hardcopy dan softcopy dan dihantar ke PPD Muar pada atau sebelum 20 Mei 2011. Pihak PPD Muar akan memanggil semua 118 GC daerah Muar berkaitan perkara ini pada 5 Mei 2011 (Khamis) di Bilik Mesyuarat SMK Bukit Pasir Muar. Taklimat akan disampaikan oleh Ketua Unit Akademik PPD Muar iaitu Tn Hj Sahabudin Jazuli. Surat panggilan akan diuruskan oleh pihak PPD Muar

Semua GC diharapkan dapat membuat persediaan dalam penghasilan Inovasi P&P ini. Untuk gambaran awal tentang anugerah inovasi ini, tuan/puan boleh download beberapa contoh inovasi P&P yang telah dihantar oleh beberapa GC di email yahoo sektor akademik JPNJ
                                    username  :  sektorpengurusanakademik@yahoo.com
                                    password :  SPAJPNJ

Friday, April 8, 2011

URUSAN PEMANGKUAN GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

URUSAN  PEMANGKUAN  GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus

 Muat Turun Borang GC 2011

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat J/K Program Lawatan Kerja Pengarah JPNJ ke Muar

pada 1 April yang lepas,bertempat di Dewan Mesyuarat Mutiara Mahkota, SMK Tengku Mahkota, Muar,  Majlis Guru Cemerlang Muar telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Program Lawatan Kerja Rasmi Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor ke daerah Muar.
Program tersebut dijangka akan berlangsung pada 8 April 2011 di Dewan Sekolah Tinggi Muar dan akan dihadiri oleh majlis-majlis permuafakatan seperti MPSM, MGB, MGC, M4P(Men), M4P(Ren), KEPTAN, KESPAR, MASMA, MGKK, PKG dan PPD Muar sendiri.
Majlis Guru Cemerlang Muar telah diberikan tugas dan amanah sebagai Jawatankuasa Protokol Majlis dan dimnta menyediakan pengacara majlis, pembaca doa, 'Usher' melabel meja, dan kerusi VIP dan melabel meja-meja majlis permuafakatan PPD Muar (11 meja).
Raptai majlis akan diadakan pada 7April di dewan Sekolah Tinggi Muar jam 2.30 petang. Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang.
Tekun semuanya mendengar amanat Pengerusi MGC Muar...

Friday, March 4, 2011

Mesyuarat 'Post Mortem' Kursus MGC Muar 1/2011

Mesyuarat ini telah diadakan pada 4 Mac 2011(Jumaat) mulai jam 3.00 - 6.00 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara SMK Tengku Mahkota Muar. Mesyuarat khusus membincangkan post mortem Kursus Profesionalisme GC Muar/Ledang yang telah diadakan pada 24 Februari 2011 lalu di Pusat Giat Mara Ledang. Dalam mesyuarat berkenaan pengerusi menggariskan beberapa kelemahan-kelemahan ketara yang dilihat semasa pengelolaan kursus. Beberapa penambahbaikan turut diutarakan dan diharapkan pada penganjuran kursus akan datang MGC Muar menjadi penganjur yang 'zero-defect".
Mesyuarat kali ini juga telah menemui suatu formula bagi menyelesaikan hutang-hutang tertunggak 2010 MGC Muar  kepada pihak MGC Johor. Selain itu mesyuarat memutuskan 2 GC yang dipilih mengikuti Kursus Pemantapan Web Blog anjuran MGC Johor pada 25-27 Mac 2011 di Pusat Latihan Perguruan Bandar Tenggara Kulai. Selain itu mesyuarat memutuskan 10 orang delegasi GC Muar yang akan ke Persidangan MGC Johor di Golden Beach Hotel Desaru pada 25-27 Mei 2011. Selain itu mesyuarat menetapkan kadar tarif bantuan kepada GC yang mewakili MGC Muar ke kursus, persidangan, seminar dan latihan profesional di dalam dan di luar daerah/negeri.

Mesyuarat diserikan lagi dengan kehadiran Pen PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar, Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus yang hadir di pertengahan mesyuarat untuk memberikan beberapa input berkaitan pengurusan GC dan amanat berkaitan profesionalisme GC serta harapan dari PPD Muar yang baru iaitu Tn Hj Ahmad bin Othman (bekas pengetua SMK Tun Mamat Ledang).

Thursday, March 3, 2011

Kajian Tindakan Antara Guru Cemerlang Negeri Johor 2011

 Pada 3 Mac 2011(Khamis) dari jam 9.00 pagi - 3.00 petang bertempat di SM Sains Kluang Johor telah diadakan Pertandingan Kajian Tindakan antara GC-GC daerah bersempena dengan Seminar Kajian Tindakan GC Negeri Johor.
MGC Muar menghantar 2 peserta iaitu Ustaz Hj Abd Ghani Othman (SK Seri Bukit Batu) dan Hjh Zahrah Ab Kadir (SMK Tengku Mahmud Iskandar).
Dalam pertandingan tersebut bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh daerah Segamat(johan), Kluang(naib johan) dan Batu Pahat(tempat ke-3) manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh Pontian(johan), Kluang(naib johan) dan Pasir Gudang(tempat ke-3)

Tuesday, March 1, 2011

PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN MAJLIS GURU CEMERLANG JOHOR 2011

Tempat : Sekolah Menengah Sains Kluang Johor
Tarikh : 3 Mac 2011 (Khamis)
Jam : 8.00 pagi - 5.00 petang.

Kategori Sekolah Menengah MGC Muar : Pn Hjh Zahrah bte Ab Kadir (SMK Tengku Mahmud Iskandar Ledang)
Tajuk :
Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Rumus MEDIAN (mat tamb) Dalam Kalangan Pelajar Lemah Tingkatan 5 Elit Melalui Pendekatan "Lagu Di Radio FM, Cair Di Susu F&N".

Kategori Sekolah Rendah MGC Muar:Ust Hj Abd Ghani bin Othman (SK Seri Bukit Batu Muar)
Tajuk:
Memperkaya Perkataan Jawi (Huruf Berbunyi 'Aa' tetapi tiada huruf Alif) bagi murid Tahun 5 Bestari Menggunakan GURAWI (Gurindam Jawi).

Sama-sama kita mendoakan agar peserta MGC Muar memperoleh kejayaan nanti.

Saturday, February 26, 2011

Kursus Profesionalisme Guru-guru Cemerlang Daerah Muar dan Ledang 2011

Majlis Guru Cemerlang Muar/Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menganjurkan satu kursus profesionalisme guru cemerlang.
Tarikh : 24 Februari 2011
Hari ; Khamis
Tempat: Pusat Giat Mara Ledang, Tanjung Agas.
Perasmian Penutup oleh : Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus (Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar)
Penceramah 1: Pn Norliah bt Mohd Amin (Nazir sekolah JNJK-Tajuk: Peranan dan Tanggungjawab GC)
Penceramah 2: Tn Hj Abd Rahman bin Abd Rahim  (Mantan Ketua Unit Naik Pangkat JPNJ-Tajuk: Kerjaya dan peluang kenaikan pangkat)

Penceramah 3 : Pn Hjh Zaharah bt Abd Kadir (GC DG 44 Matematik-Tajuk: Kajian Tindakan
Majlis tamat jam 4.30 petang.

Wednesday, February 23, 2011

Pemangkin Lonjak Prestasi

PENGUMUMAN pemberian insentif kepada guru besar dan guru cemerlang yang mencapai sasaran kecemerlangan ditetapkan Kementerian Pelajaran dianggap hadiah kepada golongan itu.
Ia mampu menyuntik pembaharuan kepada dunia pendidikan negara.

Bagaimanapun, pemberian itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru yang turut menggembleng usaha namun tidak terpilih.
Ini menyebabkan timbul tanggapan bahawa pemilihan oleh Jemaah Nazir yang berdasarkan prestasi memimpin sekolah, tidak telus.

Walaupun insentif itu berniat baik, timbulnya konflik hingga mencetuskan kekecewaan di kalangan segelintir guru yang boleh menjejaskan kredibiliti serta integriti mereka. Jika tidak ditangani, sekolah dan pelajar mungkin menjadi mangsa.

Saturday, January 29, 2011

Blog Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor

Salam,

Buat rakan-rakan Guru Cemerlang Negeri Johor, diharap dapat merujuk blog Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan JNJK. Pautan berikut boleh dirujuk :

http://jnjkjohor.blogspot.com/

Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat MGC Muar Kali kedua Sesi 2011/2013

pada 21 januari 2011 hari Jumaat jam2.30-5.00 petang telah berlangsungnya mesyuarat kedua MGC Muar yang dipengerusikan oleh YDP Tuan Haji Hassny bin Hussin dan dihadiri oleh seramai 18 ahli jawatankuasa.  

Pada mesyuarat kali ini membincangkan program yang telah dirancangkan untuk 2011 dan juga kursus profesionalisme ahli MGC Muar yang akan diadakan pada akhir bulan Februari. Setelah bermesyuarat dan akhirnya AJK bersetuju untuk mengadakan satu lagi mesyuarat unit-unit dalam MGC Muar dan seterusnya perlaksanaan agenda untuk kursus profesionalisme MGC Muar dan mesyuarat ini akan diadakan pada 10 Februari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Muar pada jam 2 petang. Surat akan dihantar kepada AJK Unit yang berkenaan melalui sekolah masing-masing.

Tuesday, January 18, 2011

PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)


1.0 PENGENALAN
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Thursday, January 13, 2011

PIAWAIAN LATIHAN AKADEMIK NEGERI JOHOR

Plan-J ialah Garis Panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum  mengikut potensi mereka.

MATLAMAT PLAN-J
Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran
Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaiman penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah
 Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing

BOLEH MUAT TURUN PLAN-J SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DI PAUTAN.
 

Sunday, January 2, 2011

Selamat Menempuh Alam Persekolahan 2011

Di kesempatan ini Majlis Guru Cemerlang Muar ingin mengucapkan selamat menempuh alam persekolahan bagi semua pelajar yang baru memulakannya dan selamat kembali ke sekolah bagi semua pelajar lama dan semua guru-guru khususnya di daerah Muar dan umumnya di seluruh Malaysia. Semoga dengan kehadiran tahun 2011 ini akan memantapkan lagi usaha semua guru dalam mendidik anak-anak murid di seluruh Malaysia dan menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk Majlis Guru Cemerlang bagi semua daerah di negeri Johor dan seluruh negeri di Malaysia pula......KECEMERLANGAN BERTERUSAN...

Monday, November 8, 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam Negeri Johor 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat negeri Johor telah berlangsung di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 8 November 2010 Isnin. Seramai 12 orang pembentang dari seluruh daerah dalam negeri ini telah membentangkan laporan kajian tindakan masing-masing di hadapan 3 orang panel penilai kajian tindakan. Muar yang mewakili zon 1 telah diwakili oleh Hj Iskandar (Bahasa Arab Sekolah Rendah), Hj Abd Ghani GC Pendidikan Islam SR(Pendidikan Islam Sekolah Rendah) dan Hj Saiful Nizam GC Pendidikan Islam SM (Pendidikan Islam Sekolah Menengah).
Hj Saiful membentangkan tajuk Kod Jari Ringkas bagi membezakan Rukun Haji dan Wajib, mendapat tempat ketiga sahaja..apapun beliau bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian pertama dalam kajian tindakan peringkat negeri Johor.
Dan Hj Abd Ghani pula membentangkan GURAWI iaitu gurindam jawi. Mendapat saguhati dari Ustaz LokmanulHakim. Penutupan telah dilakukan oleh Ustaz LokmanulHakim bin Mashadi pada jam 1.30 tengahari.

Saturday, October 30, 2010

Sistem pendidikan kita ketinggalan

AKHIRNYA persoalan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuh atau dikekalkan terjawab apabila kerajaan mengumumkan kedua-dua peperiksaan itu menggunakan format baru mulai 2016.
Ia melegakan masyarakat yang mahukan pendekatan baru serta telus dalam menilai prestasi pelajar berbanding sistem akademik dan peperiksaan yang dilihat lebih membebankan.

Bagaimanapun, ada yang tidak setuju dan berpendapat sistem peperiksaan masih relevan selain mempersoalkan persediaan pihak terbabit mencorak pembaharuan pendidikan.

Kini, wujud perbahasan, sama ada format baru itu bakal memberi impak dan mampu melonjakkan prestasi ke tahap membanggakan.

Friday, October 22, 2010

Persidangan Majlis Guru Cemerlang Muar / Ledang 2010

Persidangan MGC Muar/Ledang 2010 telah berlangsung pada 20.10.2010 Rabu bertempat di Hotel Classic Muar. Acara bermula dengan pendaftaran para peserta persidangan yang terdiri daripada guru cemerlang dalam daerah Muar/Ledang.

Slot pertama bermula jam 8.30 - 10.30 iaitu ceramah pertama dari Tn Hj Engliman, KPM Putrajya.
 Ini pula slot kedua jam 11-1 tengahari, En Azizul Rahman, Guru Cemerlang BM Gred Khas C.
Waktu yang ditunggu..makan tengahari..hotel lah katakan..khusyuk semua tengah makan..
 Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Agung MGC serta pembubaran AJK lama..Terima kasih AJK lama atas segala sumbangan kepada MGC Muar. Jasamu dikenang..
Inilah wajah Pengerusi baru MGC Muar 2011-2013, Tn Hj Hassny, GC Matematik. tahniah atas perlantikan dan semoga MGC Muar kecemerlangan berterusan di bawah pimpinan Tuan Haji.
Akan datang..gambar makan malam..tunggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...