Terima kasih
kepada pihak kerajaan kerana memendekkan tempoh bagi semua guru untuk
menikmati gred 44 dan 48. Kebanyakkan guru tersenyum lebar ketika
menerima pekeliling apabila diminta mengisi borang kenaikan pangkat bagi
yang layak.
Bagaimanapun berlainan pula dengan nasib guru cemerlang. Mereka ini
mempersiapkan diri bagi mendapatkan gred 44 mahupun 48 secara laluan
pintas. Bagi memperoleh gred 44, pada tahun ke-8 baru layak
memohon,apabila permohonan mereka dipantau oleh pihak nazir dengan
kriteria amat rumit, kemudian memakan masa lebih setahun untuk
pengesahan jawatan.
Namun apabila bajet diumumkan, seolah-olah tiada nilai guru cemerlang
DG44, sebaliknya tugas mereka lebih terbeban disebabkan memegang jawatan
guru cemerlang. Jawatan yang dipegang itu bukan sekadar jawatan glamor,
sebaliknya perlu dicontohi dari segi tugas, sikap, kaedah pengajaran
serta mencari kreativiti dalam perkhidmatan baik di dalam kelas mahupun
aktiviti kokurikulum, berbeza dengan guru biasa yang hanya cukup
menjalankan kerja rutin tetap mendapat kenaikan pangkat sama dengan guru
cemerlang.
Sepatutnya guru cemerlang diberi kelebihan sebagai contoh elaun
kepakaran harus diwujudkan sama ada 10 peratus atau 15 peratus daripada
gaji pokok. Anugerah perkhidmatan cemerlang yang dinilai berdasarkan
laporan prestasi tahunan (LNPT) hanya diperoleh mengikut giliran.
Apabila nasib kami, untuk mendapatkan jawatan guru cemerlang,
sekurang-kurangnya tiga tahun persediaan dokumentasi. Lebih baik
hapuskan saja jawatan guru cemerlang.
Monday, November 21, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Buletin MGC Johor edisi pertama
PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG 2011
![]() |
Buku Program Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Tahun 2011 |
Sunday, October 2, 2011
Penilaian Menengah Rendah 2011
Majlis Guru Cemerlang Muar mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon PMR daerah Muar khususnya, calon negeri Johor dan seluruh Malaysia umumnya yang akan bermula pada 4 Oktober. Diharapkan para pelajar telah pun bersedia setelah hampir 3 tahun menimba ilmu di sekolah menengah daripada tingkatan satu sehinggalah ke saat peperiksaan yang akan bermula. Semoga kejayaan menjadi milik anda...
Wednesday, September 28, 2011
Sumbangan GC Muar dalam Kursus Pemantapan Pedagogi Negeri Johor
Pada 26 - 28 September 2011 yang lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P&P) bagi daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulaijaya bertempat di Hotel River View Muar. Seramai 68 guru Matematik tingkatan 4 telah menghadirkan diri.
Tujuan kursus adalah untuk mempersiapkan diri semua guru Matematik tingkatan 4 dengan perubahan P&P Matematik tingkatan 4 yang akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu mulai tahun 2012. Selain itu peserta juga dilatih untuk menulis Rancangan Pelajaran Harian yang mengandungi elemen-eleman kreativiti dengan menggunakan Model Kreativiti Terarah yang digabungkan dengan 5 kaedah pedagogi.
Kursus dikendalikan oleh 6 orang Jurulatih Utama Negeri Johor dimana dua daripadanya adalah GC Muar. Mereka adalah Tn Hj Hassni bin Hussin dan Pn Hjh Zahrah bt Abd Kadir.
Sepanjang perbengkelan dalam kursus ini, sebanyak 20 modul Model Kreativiti Terarah mencakupi pelbagai tajuk dalam sukatan Matematik tingkatan 4 telah dihasilkan oleh para peserta. Semua modul yang telah dihasilkan boleh di muat turun di bahagian kanan paparan blog ini. Maka semua peserta kursus dikehendaki memuat turun semua modul yang dipaparkan dan mohon disebar luaskan kepada rakan guru matematik di sekolah masing-masing.

Para peserta berbincang menghasilkan modul |
![]() |
Tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh JU |
![]() |
Penyampaian sijil oleh pegawai pengelola cemerlang JPNJ En Abu Samah Zainal Abidin |
![]() |
Barisan para JU Utama bersama pegawai JPNJ dengan peserta daerah Johor Bahru |
Friday, July 29, 2011
Mesyuarat AJK MGC Muar Kali ke 5/2011
Mesyuarat AJK MGC Muar kali ke 5/2011 telah diadakan:
Tarikh : 29 Julai 2011
Hari : Jumaat
Jam : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Tengku Mahkota.
Dalam mesyuarat tersebut Pengerusi MGC Muar Tn Hj Hassni telah mempengerusikan mesyuarat sehingga ianya berakhir jam 5 petang.Selain daripada membentangkan minit mesyuarat yang lepas, antara agenda yang dibincagkan ialah:
1. Program 'Lesson Study' (dapatkan bahan dengan memuat turun di 'sidebar' blog ini
2. Kajian Tindakan bagi semua Guru Cemerlang
3. Buletin MGCJ- MGC Muar telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan buletin tersebut untuk dibawa ke persidangan MGCM nanti pada tahun ini
4. Persidangan MGC Muar akan diadakan pada bulan Oktober selepas PMR. Mesyuarat Khas tentang persidangan tersebut akan diadakan kemudian.
Perhatian buat GC : Muat Turun Lesson Study di Sidebar Blog. Terima kasih.

Monday, June 27, 2011
SEAMEO RECSAM : 4TH INTERNATIONAL CONFERENCE IN SCIENCE AND MATHEMATIC EDUCATION
Sukacita dumaklumkan SEAMEO RECSAM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Universiti Sains Pulau Pinang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan persidangan Antarabangsa Pendidikan Sains dan Matematik pada 15-17 November 2011 di SEMEO RECSAM Pulau Pinang. Tema persidangan adalah "Tranforming School Science and Mathematics Education in 21st Century". Persidangan akan dilaksanakan secara Plenari, Sesi Selari (Parallel Sessions), Pembentangan Poster dan juga Bengkel
Maka dengan ini dipelawa kepada semua guru-guru sains dan matematik yang berminat untuk menyertai persidangan tersebut sama ada sebagai pembentang atau peserta. Guru-guru cemerlang sangat digalakkan menjadi pembentang dan peserta dalam persidangan ini.
Dimaklumkan juga beberapa perkara penting kepada yang berminat :
Tarikh akhir penerimaan abstrak - 30 Jun 2011
Tarikh Akhir Early Bird Registration - 10 September 2011
Pendaftaran (peserta dan pembentang) - RM580 (Early Bird)
RM 680 (selepas 10 September 2011)

Wednesday, June 22, 2011
Inovasi GC dilanjutkan sehingga 30 Jun 2011
Makluman kepada semua GC Muar / Ledang,
Setakat ini inovasi GC yang telah dihantar ke PPD Muar adalah sebanyak 82 penyertaan. Masih terdapat 36 penyertaan lagi dari GC Muar / Ledang yang belum dihantar. Terima kasih kepada GC yang telah menghantar dan kepada GC yang belum menghantar, pihak JPNJ melanjutkan tarikh penyertaan pada atau sebelum 30 Jun 2011. Semua inovasi hendaklah di hantar kepada Tn Hj Sahabudin bin Jazuli, Ketua Unit Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Kerjasama dari semua GC didahului dengan ucapan terima kasih.
Thursday, May 26, 2011
Gambar-Gambar Persidangan MGC Johor 24 - 26 Mei 2011
Persidangan MGC di Desaru Damai Beach Resort Kota Tinggi Johor telah berlangsung dengan jayanya. Banyak input-input berguna telah dapat diperolehi sepanjang persidangan ini. Bahan-bahan kursus akan dinaikkan di blog MGC Johor dalam waktu terdekat. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta kontijen daerah Muar yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang persidangan. Kita berjumpa lagi di Persidangan MGC Johor 2012 di Pontian nanti.
![]() |
Lobi Desaru Damai Beach Resort |
![]() |
Ruang lobi |
![]() | |||||
Ruang pameran |
![]() | |
Tengku Azuan Mohamed , Penasihat Sekolah Amanah |
Mr David Mc Lean Hewitt, Johor Cluster Manager
Peserta persidangan
![]() |
Tn Hj Ramli A Samat, Ketua Sektor Akademik JPNJ |
![]() |
En Mohd Nor A Ghani , Pengarah Pelajaran Johor |
![]() |
Tn Hj Hassan Topit, Pengetua Cemerlang SM Sains Kota Tinggi |
![]() |
Pn Norizah (Pengerusi MGCJ), YB Dr Adham Baba (Pengerusi UniKL),En Md Buang Saibani (PPD Kota), Tn Hj Md Zakaria Yusof (Ketua Nazir Negeri Johor). En Norazrin Amir Hamzah (Pegawai JNJK) |
![]() |
En Azizul Rahman Abd Rahman turut diundang dalam persidangan |
![]() |
Kudapan |
GC Muar Menyerlah Dalam Sambutan Hari Guru 2011 Daerah Muar dan Ledang
Syabas diucapkan kepada 3 orang GC Muar yang telah dinobatkan sebagai Guru Inovasi Daerah Muar dan Ledang Tahun 2010 dan 2011 dalam Sambutan Hari Guru 2011 yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak pada 23 Mei yang lalu.
Ketiga-tiga GC tersebut ialah:
1. En Ooi Yong Seang - Kategori Individu Sek Men (2011) - BBM - Tajuk Inovasi : Chemistry PK - Games
2. Pn Nor Liya Binti Ismail - Kategori Individu Sek Men (2010) - BBM - Tajuk Inovasin : Forces R&R Model
3. En Pavethern A/L Govindan - Kategori Individu Sek Rend (2010) - BBM - Tajuk Inovasi : Magic Sentence
Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan kepada GC-GC yang lain untuk menghasilkan inovasi ciptaan masing-masing yang bermutu pada tahun ini dan tahun akan datang.
Sehubungan dengan ini kepada GC yang masih belum menghantar inovasi ciptaan mereka walaupun tarikh tutup telah berakhir pada 20 Mei 2011 yang lalu, namun tuan/puan masih perlu menghantarnya walaupun sudah terlewat kepada Tn Hj Mohd Sahabudin bin Jazuli, Penolong PPD Matematik dan Sains, Pejabat Pelajaran Daerah Muar dengan kadar segera.

Thursday, May 19, 2011
Persidangan MGC Johor 2011
Pada 24 -26 Mei 2011 akan diadakan Persidangan MGC Johor bertempat di Damai Hotel Resort Desaru Kota Tinggi Johor. Setiap daerah dikehendaki menghantar seramai 10 GC bagi mewakili delegasi daerah masing-masing. Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat MGC Muar bil 4/2011, berikut adalah peserta dari MGC Muar.
1. Hj Hassni bin Hussin - SMK Tengku Mahkota
2. Hj Hamdan bin Rahmat - SMK Parit Bunga
3. Hj Zakaria bin Abd Samad - SK Parit Bunga
4. Hjh Asmah bt Othman - SMK(P) SAB
5. Hjh Rosyati bt Surani - SMKA Maahad
6. Hjh Suriati bt Yusof - SMK Convent
7. En A Rahim bin Satibi - SMK Sultan Alauddin Ri'ayat Shah 1
8. Pn Azian bt Omar - SMK Parit Bunga
9. En Shahruddin bin Md Shah - SMK Tun Dr Ismail
10. Pn Nurlina bt Mohamad Anuar - SMK Tun Dr Ismail
Surat panggilan ke persidangan ini akan difaxkan oleh JPNJ ke sekolah peserta pada hari Jumaat 20 Mei 2011 jam 4.00 ptg. Sila berhubung dengan pejabat sekolah. Setiap peserta dikehendaki membayar RM250 seorang dan pengangkutan adalah tanggungan sendiri.. Check in pada jam 12.30 tgh - 2.30 ptg pada 24 Mei 2011. Diharap semua peserta dapat mempersiapkan diri.

JADUAL PERSIDANGAN GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR 2011
TARIKH / MASA | 8.00 - 10.00 PAGI | 10.00 - 10.30 PAGI | 10.30 - 12.30 TENGAHARI | 12.30 - 2.30 PETANG | 2.30 - 4.30 PETANG | 4.30 - 8.30 MALAM | 8.30 - 10.30 MALAM |
24.05.2011 (SELASA) | PERJALANAN KE LOKASI PERSIDANGAN | PENDAFTARAN | SLOT 1 : UCAPTAMA TUAN PENGARAH PELAJARAN | REHAT | SLOT 2 : PERKONGSIAN ILMU DENGAN PENGETUA CEMERLANG | ||
25.05.2011 (RABU) | SLOT 3 : PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK JPNJ; PERANAN GC | REHAT | SLOT 4 : PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN | REHAT | SLOT 5 : BICARA ILMU MGC JOHOR | REHAT | SLOT 6 : PERKONGSIAN ILMU DENGAN KETUA NAZIR NEGERI JOHOR |
26.05.2011 (KHAMIS) | SLOT 7 : BICARA ILMIAH BERSAMA YB DATUK DR.ADHAM BIN BABA | REHAT | SLOT 8 : MAJLIS PENUTUPAN PERSIDANGAN OLEH YB DATUK DR. ADHAM BIN BABA | PERJALANAN PULANG |
PAKAIAN : SLOT 1, 3, 4, 5 : PAKAIAN KERJA RASMI (BLAZER HITAM)
SLOT 2, 6, 7, 8 : PAKAIAN BATIK
Wednesday, May 18, 2011
Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor
Kepada semua Guru Cemerlang Negeri Sila lengkapkan Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor dan hantarkan kepada Pengerusi MGC Daerah masing-masing dengan kadar segera.
Untuk GC Daerah Muar dan Ledang, sila hantar borang yang telah dilengkapkan kepada Pengerusi MGC Muar/Ledang iaitu Tn Hj Hassni bin Hussin, SMK Tengku Mahkota Muar pada atau sebelum 23 Mei 2011. Semua borang data ini akan diserahkan kepada setiausaha MGC Negeri pada 24 Mei 2011. Kegagalan tuan/puan menghantar borang ini pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan kelewatan segala urusan berkaitan perjawatan tuan/puan di masa akan datang.
* semua maklumat hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer.
* borang ini boleh didapati di laman blog http://mgcjohor2010.blogspot.com/
Sila muat turun borang tersebut dipautan ini.
Sunday, May 15, 2011
SELAMAT HARI GURU 2011
Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar GURU di seluruh pelusuk tanahair di Malaysia ini terutama semua Guru Cemerlang Daerah Muar, Johor semoga kecemerlangan yang dimiliki akan berterusan insyaallah....
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Friday, April 29, 2011
Satu GC Satu Inovasi Bersempena Dengan Anugerah Inovasi P&P Negeri Johor 2011
ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR 2011
Pada 28 April 2011 (Khamis) yang lalu satu mesyuarat mengenai Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Negeri Johor telah diadakan di SMK Seri Lalang Kluang yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNJ bersama dengan Ketua Unit Akademik PPD Johor dan semua pengerusi daerah Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor.
Dalam mesyuarat tersebut semua hadirin telah diberikan taklimat mengenai Anugerah Inovasi yang berfokuskan kepada inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran . Dalam mesyuarat tersebut juga memutuskan semua GC dikehendaki menghantar 1 inovasi P&P ciptaan mereka. GC boleh memilih inovasi samada yang berbentuk :
1) Amalan P&P atau 2) Amalan P&P berbantu ICT atau 3) Produk P&P spt ABM, BBM, Modul
Semua inovasi disimpan dalam hardcopy dan softcopy dan dihantar ke PPD Muar pada atau sebelum 20 Mei 2011. Pihak PPD Muar akan memanggil semua 118 GC daerah Muar berkaitan perkara ini pada 5 Mei 2011 (Khamis) di Bilik Mesyuarat SMK Bukit Pasir Muar. Taklimat akan disampaikan oleh Ketua Unit Akademik PPD Muar iaitu Tn Hj Sahabudin Jazuli. Surat panggilan akan diuruskan oleh pihak PPD Muar
Semua GC diharapkan dapat membuat persediaan dalam penghasilan Inovasi P&P ini. Untuk gambaran awal tentang anugerah inovasi ini, tuan/puan boleh download beberapa contoh inovasi P&P yang telah dihantar oleh beberapa GC di email yahoo sektor akademik JPNJ
username : sektorpengurusanakademik@yahoo.com
password : SPAJPNJ

Friday, April 8, 2011
URUSAN PEMANGKUAN GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus
Muat Turun Borang GC 2011

Sunday, April 3, 2011
Mesyuarat J/K Program Lawatan Kerja Pengarah JPNJ ke Muar
pada 1 April yang lepas,bertempat di Dewan Mesyuarat Mutiara Mahkota, SMK Tengku Mahkota, Muar, Majlis Guru Cemerlang Muar telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Program Lawatan Kerja Rasmi Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor ke daerah Muar.
Program tersebut dijangka akan berlangsung pada 8 April 2011 di Dewan Sekolah Tinggi Muar dan akan dihadiri oleh majlis-majlis permuafakatan seperti MPSM, MGB, MGC, M4P(Men), M4P(Ren), KEPTAN, KESPAR, MASMA, MGKK, PKG dan PPD Muar sendiri.
Majlis Guru Cemerlang Muar telah diberikan tugas dan amanah sebagai Jawatankuasa Protokol Majlis dan dimnta menyediakan pengacara majlis, pembaca doa, 'Usher' melabel meja, dan kerusi VIP dan melabel meja-meja majlis permuafakatan PPD Muar (11 meja).
Raptai majlis akan diadakan pada 7April di dewan Sekolah Tinggi Muar jam 2.30 petang. Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang.
Tekun semuanya mendengar amanat Pengerusi MGC Muar...

Friday, March 4, 2011
Mesyuarat 'Post Mortem' Kursus MGC Muar 1/2011
Mesyuarat ini telah diadakan pada 4 Mac 2011(Jumaat) mulai jam 3.00 - 6.00 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara SMK Tengku Mahkota Muar. Mesyuarat khusus membincangkan post mortem Kursus Profesionalisme GC Muar/Ledang yang telah diadakan pada 24 Februari 2011 lalu di Pusat Giat Mara Ledang. Dalam mesyuarat berkenaan pengerusi menggariskan beberapa kelemahan-kelemahan ketara yang dilihat semasa pengelolaan kursus. Beberapa penambahbaikan turut diutarakan dan diharapkan pada penganjuran kursus akan datang MGC Muar menjadi penganjur yang 'zero-defect".
Mesyuarat kali ini juga telah menemui suatu formula bagi menyelesaikan hutang-hutang tertunggak 2010 MGC Muar kepada pihak MGC Johor. Selain itu mesyuarat memutuskan 2 GC yang dipilih mengikuti Kursus Pemantapan Web Blog anjuran MGC Johor pada 25-27 Mac 2011 di Pusat Latihan Perguruan Bandar Tenggara Kulai. Selain itu mesyuarat memutuskan 10 orang delegasi GC Muar yang akan ke Persidangan MGC Johor di Golden Beach Hotel Desaru pada 25-27 Mei 2011. Selain itu mesyuarat menetapkan kadar tarif bantuan kepada GC yang mewakili MGC Muar ke kursus, persidangan, seminar dan latihan profesional di dalam dan di luar daerah/negeri.
Mesyuarat diserikan lagi dengan kehadiran Pen PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar, Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus yang hadir di pertengahan mesyuarat untuk memberikan beberapa input berkaitan pengurusan GC dan amanat berkaitan profesionalisme GC serta harapan dari PPD Muar yang baru iaitu Tn Hj Ahmad bin Othman (bekas pengetua SMK Tun Mamat Ledang).

Thursday, March 3, 2011
Kajian Tindakan Antara Guru Cemerlang Negeri Johor 2011
Pada 3 Mac 2011(Khamis) dari jam 9.00 pagi - 3.00 petang bertempat di SM Sains Kluang Johor telah diadakan Pertandingan Kajian Tindakan antara GC-GC daerah bersempena dengan Seminar Kajian Tindakan GC Negeri Johor.
MGC Muar menghantar 2 peserta iaitu Ustaz Hj Abd Ghani Othman (SK Seri Bukit Batu) dan Hjh Zahrah Ab Kadir (SMK Tengku Mahmud Iskandar).
Dalam pertandingan tersebut bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh daerah Segamat(johan), Kluang(naib johan) dan Batu Pahat(tempat ke-3) manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh Pontian(johan), Kluang(naib johan) dan Pasir Gudang(tempat ke-3)

Tuesday, March 1, 2011
PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN MAJLIS GURU CEMERLANG JOHOR 2011
Tempat : Sekolah Menengah Sains Kluang Johor
Tarikh : 3 Mac 2011 (Khamis)
Jam : 8.00 pagi - 5.00 petang.
Kategori Sekolah Menengah MGC Muar : Pn Hjh Zahrah bte Ab Kadir (SMK Tengku Mahmud Iskandar Ledang)
Tajuk :
Meningkatkan Kemahiran Menggunakan Rumus MEDIAN (mat tamb) Dalam Kalangan Pelajar Lemah Tingkatan 5 Elit Melalui Pendekatan "Lagu Di Radio FM, Cair Di Susu F&N".
Kategori Sekolah Rendah MGC Muar:Ust Hj Abd Ghani bin Othman (SK Seri Bukit Batu Muar)
Tajuk:
Memperkaya Perkataan Jawi (Huruf Berbunyi 'Aa' tetapi tiada huruf Alif) bagi murid Tahun 5 Bestari Menggunakan GURAWI (Gurindam Jawi).
Sama-sama kita mendoakan agar peserta MGC Muar memperoleh kejayaan nanti.

Saturday, February 26, 2011
Kursus Profesionalisme Guru-guru Cemerlang Daerah Muar dan Ledang 2011
Majlis Guru Cemerlang Muar/Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah menganjurkan satu kursus profesionalisme guru cemerlang.
Tarikh : 24 Februari 2011
Hari ; Khamis
Tempat: Pusat Giat Mara Ledang, Tanjung Agas.
Perasmian Penutup oleh : Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus (Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar)
Penceramah 1: Pn Norliah bt Mohd Amin (Nazir sekolah JNJK-Tajuk: Peranan dan Tanggungjawab GC)
Penceramah 2: Tn Hj Abd Rahman bin Abd Rahim (Mantan Ketua Unit Naik Pangkat JPNJ-Tajuk: Kerjaya dan peluang kenaikan pangkat)
Penceramah 3 : Pn Hjh Zaharah bt Abd Kadir (GC DG 44 Matematik-Tajuk: Kajian Tindakan
Majlis tamat jam 4.30 petang.

Subscribe to:
Posts (Atom)